SEMESTER 2 SESI 2018/2019
KPS3014 PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
TAJUK
TAJUK
PENGURUSAN
MURID PELBAGAI UPAYA DI
SEKOLAH
MENENGAH
KEBANGSAAN SUNGAI KRUIT, SUNGKAI
DISEDIAKAN
OLEH
NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK PROGRAM
NUR SALIDA
SYULAIDA BINTI MOHD SALLEH D20172080703 ISMP SEJARAH
SITI NURUL SAADAH BINTI
NASARUDIN D20172080835 ISMP PEND. ISLAM STACEY MCQUINN
USANG
D20172080694 ISMP
SEJARAH SITI ZAHIRAH BINTI MOHD YUSOFF D20172080789 ISMP PEND. ISLAM NUR AFAF
SYUKRIYAH BINTI ZALI D20172080716 ISMP
SEJARAH SYAFIENAZ BINTI SHARI D20172080680 ISMP
SEJARAH
NUR ALIAH HUSNA BINTI MUSTAFFA
D20172080791 ISMP PEND. ISLAM
KUMPULAN KULIAH : A
NAMA PENSYARAH : DR. RIDZUAN JAAFAR TARIKH SERAH : 30 OKTOBER 2018
1.0
PENGENALAN
Kursus
pengurusan pembelajaran (KPS 3014), merupakan suatu cabang ilmu asas yang
perlu diketahui oleh
bakal guru bagi
membiasakan diri untuk
menjadi seorang guru dan
berada di alumnai
persekolahan kelak. Oleh
itu, melalui tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah telah
mewajibkan tinjauan bakal guru ke sekolah- sekolah menengah
untuk mengkaji sekolah
tersebut berdasarkan tajuk
kursus yang telah ditetapkan oleh
pensyarah.
Oleh hal
yang demikian, kami
terlebih dahulu mengenal
pasti sekolah dan meminta kebenaran pengetua sekolah bagi
membuat tinjauan untuk memenuhi kriteria tugasan yang
diamanahkan kepada kami
secara berkumpulan. Implikasinya,
kami telah membuat tinjauan
di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Kruit,
Sungkai, Perak yang merupakan
sekolah berkeperluan khas
iaitu murid-muridnya terdiri daripada pelbagai keupayaan.
Hal ini
kerana, tajuk tugasan
yang diberikan kepada
ahli kumpulan kami adalah
“Pengurusan Murid Pelbagai
Upaya”, dimana perincian
kepada tugasan ini mendorong kami bertindak mengkaji sekolah
menengah khas yang mempunyai murid pelbagai
upaya, menemu bual
guru dan murid
pelbagai upaya bagi
melengkapkan tujuan tinjauan tugasan ini dilakukan.
Hasil daripada
tindakan tersebut, kami
dapat mengetahui jenis
kekurangan atau kepelbagaian upaya
murid dalam kelas,
dapat mengetahui cara
guru mengajar murid mereka
yang terdiri daripada
pelbagai ragam dan
jenis keupayaan, dapat mengetahui teknik
dan cara guru
di sekolah tersebut
mengawal situasi pelajar pelbagai upaya serta mengetahui
peralatan khas yang digunakan oleh murid pelbagai upaya ini.
Sebagai misalnya, bagi
murid yang mempunyai
masalah penglihatan dan tidak boleh melihat akan menggunakan
mesin taip khas atau tulisan braille.
Secara futuristiknya, kami
dapat mengesan perbezaan
teknik para guru
di sekolah tersebut dalam
menguruskan murid pelbagai
upaya. Rentetan itu,
hasil daripada tinjauan ini kami
mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman baru
dalam melihat sendiri keadaan
alumni persekolahan terutamanya
bagi murid-murid yang terdiri daripada kepelbagaian upaya.
Pada masa yang sama juga, kami dapat melihat sendiri keistimewaan
yang ada pada
mereka dan tidak
terdapat pada manusia
atau pelajar yang normal. Setiap individu mempunyai hak untuk
mendapatkan pendidikan
secara sama
rata termasuk murid-murid
pelbagai upaya yang
wajar mendapat pendidikan khas.
Pendidikan khas diwujudkan
untuk memenuhi keperluan
pelajar pelbagai upaya di
tiga pilihan persekolahan
iaitu sekolah pendidikan
khas yang melaksanakan Program
Pendidikan Khas Integrasi atau Inklusif di sekolah pendidikan prasekolah,
rendah atau lepas menengah.
2.0 Isi-isi penting
i.
Latar belakang Pendidikan Khas
Pendidikan adalah
hak asasi semua
manusia. Semua insan
di dunia ini mempunyai hak
untuk belajar dan
mengetahui sesuatu. Pelajar
kurang upaya sepatutnya tidak
disisihkan daripada arus
pembelajaran nasional. Misi
pendidikan khas iaitu menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid-murid dengan keperluan khas
bagi membolehkan mereka
menjadi insan yang
berdikari, berjaya dalam
kehidupan serta berupaya menyumbang kea rah pembangunan masyarakat dan negara.
Minat terhadap
Pendidikan Khas di
Malaysia bermula pada
tahun 1920an dengan penglibatan
sukarelawan yang terlibat
dalam pembukaan sekolah
cacat penglihatan dan pendengaran.
Sekolah pertama pendidikan
khas adalah Sekolah Rendah (SPRK)
St. Nicholas oleh
Gereja Anglican di
Melaka SPRK ST.
Nicholas yang berpindah ke Pulau Pinang.
Laporan jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui
perakuan 169 membawa
kepada satu penekanan
dan tumpuan kepada perkembangan
Pendidikan Khas di Malaysia. B. Berdasarkan Akta Pendidikan
1996, peraturan-peraturan Pendidikan
Khas (1957) ‘murid-murid
dengan keperluan khas’ bermakna
murid-murid yang mempunyai
masalah penglihatan, kecacatan pendengaran serta masalah
pembelajaran.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Kruit
atau nama ringkasannya
SMK Sungai Kruit merupakan
sebuah sekolah menengah
kebangsaan yang terletak
di Simpang Sungai Klah. Di sekolah ini terdapat 10 orang pelajar
pendidikan khas yang berlainan
permasalahan pembelajaran. Antaranya
adalah autisme, ADHD,
masalah
penglihatan dan
kebanyakannya pelajar bermasalah
pembelajaran (slow learner).
Di sekolah ini juga
mempunyai (tambah bilangan
guru). Orang guru
serta (bilangan) pembantu
pengurusan murid (PPM) yang turut serta berada di dalam bilik mengajar bagi
membantu proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
ii.
Kurikulum Pendidikan Khas
Pendidikan anak-anak
istimewa sentiasa menjadi
keutamaan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan KPM juga menitikberatkan masalah bagi pelajar yang
menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Untuk menguasai
Kurikulum Alternatif yang telah
direka dan dibina khas untuk pelajar berkeperluan khas ini, pertimbangan
perlu dibuat agar
pelajar berkeperluan khas
atau istimewa ini
mendapat peluang pendidikan yang
sama dengan pelajar-pelajar lain.
Untuk menjayakan cita-cita
ini, kualiti pendidikan bagi pelajar pendidikan khas perlu dipertingkat
kepada tahap yang baru. Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan
Khas (2007), Kurikulum
Alternatif merupakan kurikulum yang dibina khusus serta dianggap
sesuai dan dapat memberi manfaat yang besar untuk pelajar
berkeperluan khas selain dari kurikulum dan latihan kemahiran.
Bagi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah Pembelajaran Tahap
Satu, terdapat hanya
lima mata pelajaran
iaitu Pengurusan Kehidupan,
Asas 3M (Membaca,
menulis, mengira), Seni
Kreatif, Pendidikan Islam atau
Moral dan Pendidikan
Jasmani. Komponen-komponen yang terdapat
dalam mata pelajaran
Pengurusan Kehidupan pula
ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran
Manipulatif.
Asas 3M
merangkumi Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan
Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula
merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif. Menurut Akta Pendidikan
1996, Bab 8 Pendidikan Khas,
Seksyen 41, Subseksyen
(1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, guru
boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran
dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas
bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.
Pendekatan yang
diambil dapat menentukan
komposisi yang terbaik
dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud
atau intelek turut
diberi sokongan untuk
menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat
dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. Mereka juga
akan ditempatkan di Program-program Inklusif bersama
pelajar-pelajar biasa di kelas
aliran perdana serta
dibenarkan untuk mengambil
peperiksaan awam seperti UPSR,
PMR dan SPM.
Berdasarkan pencapaian, mereka juga
boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di
SMPK(V) Indahpura, Kulai,
Johor atau sekolah-sekolah menengah teknik yang ditetapkan oleh Bahagian
Pendidikan Khas KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan
untuk murid berkeperluan khas selaras dengan hasrat kerajaan
dalam memastikan semua
murid diberi peluang
untuk mendapat pendidikan yang
sama rata
iii.
Latar Belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit
A.
Pengenalan
Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Kruit
bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Kruit, 35600, Sungkai,
Perak Darul Ridzuan. Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Kruit
terletak di persimpangan
jalan menuju ke Felda Sungai Klah. Letaknya lebih kurang 2 kilometer
dari Pekan Sungkai. Pada peringkat
awal, kawasan ini
merupakan kawasan pertanian. Kawasan ini
dipilih kerana kedudukannya
yang strategik di
tepi jalan raya utama
yang menghubungkan Pekan
Sungkai dengan Tanjung
Malim. Projek pembinaannya telah dijalankan pada tahun 1993 di atas
tapak seluas 15 ekar dan telah siap
sepenuhnya pada tahun
1995 dengan kos
pembinaannya dianggarkan sekitar RM4.4 juta. Sekolah ini mula beroperasi
sebagai sekolah yang ke 17 di daerah Batang Padang pada 4 disember 1995 apabila
Tuan Haji Md. Sohut dilantik sebagai pengetua yang pertama. Antara staf
akademik yang terawal melaporkan diri
di sekolah ini
ialah Puan Rohaini
Subari dan Encik Idris
Johari. Sebagai peneroka
sekolah ini mereka
bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru dan
pelajar tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan
dan pentadbiran yang
pada kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf
sokongan yang lain. Kemasukan pelajar buat kali
pertama ke sekolah
ini ialah pada
4 Disember 1995
iaitu seramai 425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungkai dan juga dari "feeder school". Jumlah keseluruhan
pelajar yang memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah
seramai 674 orang.
B.
Latar Belakang Sekolah
Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Kruit
berasal daripada tapak ladang
yang dinamakan Ladang
Sungai Kruit. Faktor
ini menyebabkan sekolah ini
dinamakan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Kruit.
Nama itu dipilih kerana tempatnya bersesuaian dengan lokasi yang
dipanggil Ladang Sungai Kruit. Oleh
itu, nama itu
dipersetujui sebulat suara
oleh penduduk
tempatan. Tarikh
penggunaan nama sekolah
itu dipilih dan
mula digunakan pada 4 Disember
1995.
C.
Falsafah dan Budaya Sekolah
Falsah Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai
Kruit ini adalah menggembleng tenaga
bersama dan mempertingkat imej
sekolah dengan keupayaan melahirkan
generasi yang cemerlang.
Budaya Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Kruit adalah budaya
Melayu. Walaupun terdapat
kaum lain di sekolah
ini, budaya Melayu
masih menjadi budaya
utama. Namun begitu, ini tidak
bermakna budaya kaum lain dilupakan, kaum india dan orang asli tetap
mengekalkan budaya mereka.
Hal ini demikian
kerana untuk mengelakkan
perselisihan faham dengan cara menghormati budaya kaum lain. Jika diadakan
sambutan hari raya Aidilfitri di sekolah, murid india dan orang asli tidak
dilupakan. Mereka turut merayakannya bersama kami. Kerana sifat keterbukaan warga
sekolah yang menganggap
semua murid, guru
dan staf sebagai satu keluarga. Berdasarkan
bendera sekolah SMK Sungai Kruit, warga sekolah
perlulah bersatupadu walaupun
berlainan bangsa. Jika
bacaan yasin diadakan, murid-murid bukan Islam
boleh mengulangkaji pelajaran
di dalam kelas atau
di kantin. Budaya
ini dapat dikekalkan
jika warga SMK
Sungai Kruit saling hormat antara satu sama lain.
iv.
Objektif kajian
Kajian ini
bertujuan untuk melihat
pengurusan murid pelbagai
upaya serta menjelaskan cara
pengajaran dan pembelajaran dengan membezakan cara pengurusan pelajar pelbagai
upaya di sekolah
pendidikan khas. Misi
Pendidikan Khas iaitu “Menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti kepada
murid-murid dengan keperluan khas bagi
membolehkan mereka menjadi
insan yang berdikari,
berjaya dalam kehidupan serta
berupaya menyumbang ke
arah pembangunan masyarakat
dan negara” dapat dilihat di sekolah pendidikan khas yang menyediakan
pendidikan yang merangkumi
aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran, latihan jasmani
dan juga pendidikan berteraskan
rumah, hospital dan
institusi. Objektif-objektif yang
ingin dicapai ketika melakukan
kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai
Kruit adalah seperti berikut
a. Kajian
ini dilakukan untuk
melihat bagaimana pengurusan
murid pelbagai upaya di SMK
Sungai Kruit
b. Kajian
juga dijalankan untuk menjelaskan
cara pengajaran dan
pembelajaran pelajar dalam pendidikan khas.
c. Kajian
ini seterusnya bertujuan
untuk membezakan cara
pengurusan pelajar pelbagai upaya
di sekolah.
d. Kajian ini dijalankan untuk melihat daya pemahaman pelajar
dengan cara pengajaran yang dijalankan.
v.
Kaedah-Kaedah Kajian
Untuk membuat
tugasan ini, kumpulan
kami menggunakan beberapa
kaedah untuk mencapai objektif
yang ditetapkan. Dengan
kaedah-kaedah yang dijalankan,
kami dapat mengetahui cara pengurusan pelajar pelbagai upaya di tempat
kajian kami iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Kruit. Usaha-usaha
ini merupakan salah wadah untuk mengkaji sesuatu perkara.
i. Kaedah Temu Bual
Kaedah pertama yang
digunakan adalah kaedah
temu bual. Melalui kaedah
ini, kami telah
menemu bual pengetua
dan juga seorang guru
pendidikan khas di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit.
Sebelum menjalankan kajian
ini, kami terlebih
dahulu menyediakan
soalan-soalan yang berkaitan
dengan tajuk kami
dan menanyakan semua soalan-soalan tersebut
ketika menemu bual pengetua dan guru pendidikan khas ini.
Hal ini demikian kerana kami ingin
mendapatkan maklumat yang
lebih lanjut serta
tepat berikutan kajian kami.
ii. Kaedah Lawatan di
Tempat Kajian
Kaedah kedua
yang kami gunakan
untuk mencapai objektif- objektif kami adalah dengan
menggunakan kaedah lawatan ke sekolah. Sekolah
yang menjadi sasaran
kami adalah Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Kruit
yang bertempat di
Sungkai, Perak. Semua ahli
kumpulan menyertai lawatan
ini dan bekerjasama untuk menyiapkan tugasan.
Perkara-perkara yang kami
lakukan ketika lawatan ini
memerhatikan pengurusan pelajar pelbagai upaya.
iii. Kaedah Pencarian
Sumber dari Internet dan Buku
Kaedah ketiga
iaitu kaedah pencarian
sumber dari buku
dan internet digunakan untuk
menambahkan ilmu pengetahuan
mengenai tajuk yang diberikan
dan menguatkan lagi
proses metodologi kami. Kami
menggunakan beberapa sumber
yang senang untuk
didapati untuk mencari perkara
yang diperlukan. Buku-buku
merupakan salah satu sumber
kami. Hal ini
kerana terdapat banyak
buku yang boleh diperoleh daripada
Perpustakaan Tunku Bainun
yang bertajuk Pelajar Pelbagai Upaya
dan Pendidikan Khas.
Selain itu, banyak
laman sesawang yang kami gunakan sebagai sumber untuk kajian ini.
vi.
Hasil kajian
a)
Susun atur dalam kelas
Melalui kajian
yang dijalankan, didapati
bahawa pelajar di
dalam kelas Pendidikan Khas di
Smk Sg Kruit
adalah seramai 10
orang yang berumur
dalam lingkungan 15
tahun hiungga 19 tahun. Pelajar-pelajar ini mengalami masalah seperti
autisme, slow learner, cacat
penglihatan dan hyperactive. Hasil
kajian mendapati bahawa pelajar pelbagai upaya di SMK Sungai Kruit
selesa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
dan mampu menyesuaikan diri dengan
prasarana kelas yang
kondusif. Pengurusan pembelajaran
adalah sangat teratur untuk memastikan pelajar dapat
menerima dan memproses sesuatu pengajaran di dalam kelas. Sebagai contoh,
susunan tempat duduk pelajar adalah berasaskan Pembelajaran Abad Ke-21
iaitu saling berhadapan
antara satu sama
lain. Perabot pula
disusun dengan kemas
dalam memastikan pergerakan dalam
bilik darjah itu
selesa dan tidak
terhad. Dokumen-dokumen
pelajar dan fail
pembelajaran diletakkan di
suatu tempat yang
mudah untuk dicari
dan tersusun rapi.
Berdasarkan Dasar
Pendidikan Wajib 2002
iaitu merancang aktiviti
dan ehwal pendidikan khas,
guru hendaklah melibatkan
pelajar dalam aktiviti
kurikulum seperti
pertandingan yang dilaksanakan
oleh sekolah. Seterusnya
ialah, merancng, menyelaraskan dan menilai
dasar-dasar dan peraturan-peraturan daripada
segi peluang pendidikan
yang seimbang. Khidmat bantu dan dasar pendidikan vokasional pendidikan
khas. Contohnya, guru membahagikan kelas kepada dua iaitu kelas memasak dan
berkebun.
b)
Cara Pengajaran Guru
Dalam cara
mengajar pula, pelajar yang mengalami masalah kritikal dari segi fizikal
mahupun perkembangan minda mendapat bantuan dari segi teknik mengajar disertai
dengan alat bantu mengajar
yang sesuai. Contohnya,
pelajar yang mengalami
masalah penglihatan seperti Jenny
belajar menggunakan mesin
tulisan Braille. Walaupun mengalami
kesukaran dalam pembelajaran, namun mesin dan tulisan braille yang digunakan membantu dia
belajar dengan pantas.
Berdasarkan tinjauan
yang dilakukan, pelajar-pelajar pendidikan
khas ini menerima cara
pembelajaran yang berbeza
disebabkan kelainan upaya
yang berbeza. Selain
itu, guru menggunakan teknik
pembelajaran abad ke-21
dengan menyediakan
alat bantu mengajar(ABM) untuk
memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar
di dalam kelas. Sebagai
contoh, para pelajar
diajar melalui penggunaan
televisyen iaitu siaran
pembelajaran dan
penggunaan slide selain
daripada mengadakan permainan
dan aktiviti kemahiran seperti
memasak dan berkebun.
Hal ini dilakukan
supaya dapat menarik
minat mereka dan memberi mereka pengalaman baru dalam pembelajaran
mereka. Tambahan lagi, pelajar-pelajar
sebegini lebih cenderung
kepada praktikal dan
kemahiran berbanding teori atau fakta kerana kelemahan pada minda
mereka.
Melalui wawancara
yang dilakukan, pelajar
dikategorikan mengikut tahap.
Tahap pertama ialah tahap
yang lemah dari
segi membaca dan
mengira namun lebih
kepada kemahiran manakala tahap
kedua adalah di
mana pelajar mampu
mengira, membaca dan menulis namun di berada di peringkat yang biasa. Pembahagian kelas ataupun pengasingan
kelas ini dijalankan
untuk memastikan pelajar
diberi tumpuan sepenuhnya
dan menjamin keberkesanan proses
mengajar. Konsep bilik
darjah berasingan dilaksanakan bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dalam kelas.
Guru juga
akan memberikan kuiz
selepas proses pengajaran
untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Guru juga akan
meminta pelajar yang
faham sesuatu pengajaran
untuk membantu pelajar yang kurang
faham di dalam
kelas. Pelajar yang
lemah pula akan diberi tumpuan untuk memastikan pelajar tidak
ketinggalan dalam sebuah pembelajaran.
Berdasarkan
temubual bersama pengetua sekolah tersebut, kelas Pendidikan Khas ini
mempunyai seorang pembantu
pengurusan murid yang
berperanan untuk membantu
dalam menguruskan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas pendidikan
khas.
c) Bilik Pembelajaran
Kemudahan
fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik kas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi
menyediakan peluang pembelajaran
optimum kepada semua
pelajartermasuklah bagi pelajar
pendidikan khas. Melalui pendidikan
yang sempurna, pelajar
pelajar Pendidikan Khas boleh dilatih
untuk berdikari di samping
memperkembangkan potensi mereka.
Sepertimana yang kita
ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik
darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar
tanpa mengira latar belakang.
Manakala pengurusan
bilik darjah bolehditakrifkan sebagai
kebolehan guru mengawal pelajar
bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Pengurusan
bilik darjah yang
baik dapat mengurangkan masalah
disiplin dan menigkatkan
prestasipelajar. Seiring dengan itu, persekitaran bilik darjah yang kondusif
perlu
diubah suai mengikut
keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya.
Pelajar berkeperluan khas
ditempatkan di bawah
pendidikan khas iaitu
perkhidmatan dan kemudahan pendidikan
yang disediakan untuk
individu istimewa atau
kurang upaya yang terdiri
daripada mereka yang
mengalami kecatatan mental,
masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan
golongan pintar cerdas. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak boleh dikecualikan
daripada sistem pendidikan
umum atas asas ketidakupayaan. Oleh
yang demikian, bagi membolehkan
mereka melanjutkan pelajaran,
penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan mereka
perlu disediakan.
Golongan ini
juga berhak mendapat
kesamarataan dan layanan
secara adil tanpa sebarang unsur
diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka
(Zainudin, 2004) Bagi
tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan,
susun atur sesebuah
bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah
agak berbeza dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal
dalam bilik darjah
khususnya susunan tempat
duduk memainkan peranan penting. Susunan
yang berkesan membolehkan
guru mudah untuk
bergerak menghampiri
pelajar. Susunan perabot
seperti computer, almari,
meja besar untuk
kerja kumpulan yang selesa
dan kemas akan
menimbulkan susasana ceria
bagi pelajar menjalani
proses pembelajaran.
Di SMK
Sungai Kruit, terdapat
2 bilik pembelajaran,
1 dapur dan1
bilik guru. Melalui pemerhatian
kami persekitaran bilik
darjah yang disediakan
oleh pihak sekolah berada dalam keadaan yang kondusif.
Walaupun bilik-bilik tersebut bersaiz sederhana tetapi susun atur
perabot berada dalam
keadaan yang baik.
Seperti yang disebut
sebelum ini, susunan tempat
duduk yang berkesan
memainkan peranan penting
kerana ianya membolehkan guru
untuk mudah bergerak
menghampiri pelajar. Seperti
yang disebut di dalam video oleh Puan Izzati, walaupun
didalam bilik darjah hanya ada sejumlah pelajar yang sedikit tetapi bagi
mengawal pelajar Pendidikan Khas ini sedikit susah.
Jadi, semasa
pembelajaran terdapat seorang
pembantu pengurus murid
yang akan sama-sama berada di
dalam kelas bagi membantu guru yang lain mengajar. Susun atur meja ini membolehkan
guru dan pembantu
pengurus murid tersebut
bergerak dengan lancar sepanjang pemeblajaran. Seterusnya, di
dapur pula, guru-guru SMK Sungai Kruit memastikan alatan yang
berbahaya seperti pisau
disimpan dengan rapi
di dalam sebuah
rak khas yang dikunci. Hal ini kerana, dikhuatiri
pelajar pendidikan khas menggunakan alatan tersebut untuk bermain. Malah,
gas masak juga
tidak akan dibiarkan
begitu saja. Apabila
proses pembelajaran
berlangsung sahaja gas
masak akan dihidupkan
tetapi hanya guru
sahaja dibenarkan untuk berbuat
sedemikian bagi mengutamakan keselamatan. Secara
keseluruhannya, bilik-bilik pembelajaran di SMK Sungai
Kruit berada dalam keadaan yang
baik dan selesa.
Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaik oleh pihak sekolah iaitu
menyediakan bilik-bilik lain
untuk membnatu perkembangan
dan pengurusan diri seperti bilik
mata pelajaran pengurusan diri, bilik akses kendiri, bilik pendidikan moral
bagi pelajar bukan islam dan sebagainya. Analisa juga menunjukkan kedudukan
tandas bagi pelajar- pelajar pendidikan
khas tidak bersesuaian
dengan keadaannya yang
jauh dari bilik darjah.
Hal ini boleh
menyusahkan bukan sahaja
pelajar malah guru
yang perlu mengikuti pelajar khas ini ke tandas dan
sekaligus menganggu proses pembelajaran dan penagajaran.
d) Penggunaan Alat Bantu Mengajar
1. Mesin Braille
Alat bantu
mengajar ini digunakan oleh pelajar yang cacat penglihatan untuk membaca dan
menaip. Terdapat cara
tertentu untuk menggunakan
mesin ini. Guru pendidikan khas
perlu mahir menggunakan
mesin ini terlebih
dahulu sebelum mula mengajar mengenai cara penggunaannya
kepada pelajar.
i. Jenis-jenis pendekatan kepada proses
membaca
a.
Firm and flat reading surface untuk
memudahkan pergerakan tangan b. Dalam
keadaan selesa dan relaks
ii.
Kod Braille Gred 1 dan Gred 2
a. Kefahaman tentang jenis-jenis kod Braille (
kod Braille BM, BI, Math)
b. Abjad, tanda angka, tanda huruf besar,
tanda bacaan, pemendekan perkataan, tanda khas, tanda kata.
c. Peraturan penggunaan kod Braille
iii.
Penggunaan model sel
a. Latihan
membanding beza textile
material misalnya dapat
membantu koordinasi motor halus jari kanak-kanak buta
b. Perkataan
Braille pertama yang
diperkenalkan adalah nama
pelajar itu sendiri sebagai
contoh Jenny
c.Modifikasi
model sel
d. i.
Kedudukan titik timbul
Contoh: Swing cell, track-tiles
Penggunaan nombor kepada titik timbul
Penggunaan kedudukan (titik atas, tengah, dan
bawah)
Ciri-ciri konsep Spatial
Contoh:
i. Y – Mempunyai lubang besar di sebelah
kiri
ii. J – Mempunyai lubang kecil di sebelah
atas kiri
iii. R – Mempunyai tiga titik di sebelah
kiri dan satu titik di sebelah kanan
iv. E – Menurun ke bawah dan ke kanan
iv. Kemahiran mekanikal: pergerakan tangan
dan jari
a. Pad Jari
b. Hubungan maksimum dengan huruf Braille
c. Sudut lebih kurang 300 (Ashcroft &
Henderson, 1963)
d. Sentuhan yang ringan
e. Proses pengenalpastian yang lancar
f. Menggunakan jari telunjuk dan jari tengah
v. Efficient tracking skills
a. Penggunaan jari kedua-dua tangan – lebih
berkesan
b. Untuk memastikan pergerakan tangan adalah
betul dan boleh mengesan permulaan dan penghujung titik timbul.
c. tangan kanan membaca separuh kedua garisan
manakala kiri mendapati baris
seterusnya dan membaca
bahagian pertama itu
sebaik sahaja tangan kanan
selesai
d. Mengesan melalui belakang tapak tangan
e. Untuk
membantu mengenali watak
Braille tetapi mungkin
menjadi kebiasaan buruk yang
menghalang pembacaan braille
yang cekap. Ini mungkin menunjukkan bahawa kanak-kanak
memerlukan lebih banyak amalan dalam mengiktiraf aksara atau kontraksi tertentu
(Wormsley & D’Andrea, 1997)
e)
Pentaksiran Pendidikan Khas
Menurut
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002), pentaksiran didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang
merangkumi aktiviti untuk
menghurai, mengumpul, merekod
dan memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid
bagi sesuatu tujuan tertentu.
Untuk membuat keputusan
tahap keberadaan murid
dalam pembelajaran mereka, tahap
yang menjadi sasaran
untuk murid pergi
dan kaedah terbaik untuk mencapainya, guru
perlu mentaksir dan
mencari bukti dengan
menggunakan pentaksiran pembelajaran. Berdasarkan
definisi-definisi yang digunakan
di dalam Malaysia dan
luar negara, dapat
dirumusakan bahawa pentaksiran
merupakan proses yag
melibatkan pemerhati, pengumpul dan
mentaksir maklumat terhadap
hasil pembelajaran murid
serta merancang tindakan yang
boleh diambil oleh
guru untuk meningkatkan
penguasaan dan kefahaman murid
terhadap pembelajarannya.
Terdapat
empat langkah untuk melakukan proses pentaksiran menurut Venn J.J di dalam
bukunya, Assessment With
Special Education. Empat
langkah tersebut adalah
saringan, kelayakan, penempatan dan perubahan.
Peringkat pertama
adalah saringan. Saringan
merupakan proses untuk
menentukan adakah mereka mempunyai masalah yang memerlukan penilaian
lanjutan. Hal ini bertujuan untuk
mengenal pasti kelayakan
murid tersebut untuk
mendapat perkhidmatan yang bersesuaian berdasarkan keperluan
seseorang murid. Proses saringan belaku apabila guru atau ibu bapa
mendapati atau mengesyaki
perbezaan prestasi atau
tingkah laku seorang
murid dengan murid yang
lain. Seterusnya, saringan
dilaksanakan bertujuan untuk
menentukan sama ada tahap prestasi umum murid berkenaan berada di luar
julat purata yang berpotensi mengalami masalah pembelajaran atau dalam keadaan
normal. Berikut adalah bentuk proses
saringan yang akan
dilakukan untuk mendapatkan
keputusan yang berkesan
iaitu ujian saringan formal,
melihat rekod kemajuan, rekod intervensi, laporan perubatan, latar belakang
pendidikan, ujian penglihatan
dan pendengaran, latar
belakang kehadiran, berhubung
dan berjumpa dengan ibu
bapa, membuat pemerhatian
berdasarkan senarai skala
inventori dan bahasa dan akhir
sekali adalah pemerhatian tingkah laku, pertuturan semak pemeriksaan tidak
formal.
Pemilihan instrumen
pentaksiran yang dilakukan
pada peringkat saringan
adalah ringkas,ujian yang senang
dikendalikan, skala penilaian,
senarai semak, dan
teknik
pemerhatian secara terus
diberi secara individual atau secara berkumpulan. Instrumen yang dilakukan lebih memfokuskan
pentaksiran mengukur prestasi dengan item-item yang terhad. Tujuan menghadkan
item dalam instrumen tersebut adalah bertujuan menyediakan gambaran atau
lakaran tingkah laku lebih daripada analisis yang teliti dalam masa yang pendek
sekitar
15 atau
20 minit untuk
memberi dan memperoleh
markah ujian pentaksiran, mengisi
skala penilaian, menyempurnakan senarai semak, atau merekod keputusan
sesi pemerhatian secara langsung.
Walau bagaimanapun, menurut
Peterson (1987) pasukan
profesional perlu mengambil kira
banyak faktor dan mengambil langkah berjaga-jaga yang khas semasa proses
pemeriksaan.
Peringkat kelayakan
ialah proses menentukan
sifat dan tahap
masalah pembelajaran murid dan
memutuskan kelayakan murid
tersebut untuk mendapatkan
perkhidmatan khas. Justeru, pasukan
yang terdiri daripada
golongan profesional seperti
kaunselor, doktor
perubatan, ahli terapi,
guru besar, guru-guru
aliran perdana dan
guru-guru pendidikan khas
terlibat dalam membuat keputusan sama ada seseorang murid itu layak untuk
dikategorikan sebagai murid kurang
upaya bagi mendapatkan
manfaat daripada perkhidmatan
pendidikan khas untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi.
Prosedur kelayakan
ini adalah bersifat
umum dan melibatkan
penyertaan ibu bapa
di mana, pasukan pelbagai disiplin bertanggungjawab menjalankan
pentaksiran yang mendalam dan komperhensif terhadap murid tersebut berdasarkan
laporan dan dokumentasi yang telah disediakan
oleh pasukan profesional
sama ada murid
tersebut layak mendapatkan perkhidmatan khas atau
sebaliknya.
Dalam
melaksanakan proses kelayakan, pihak pasukan pelbagai disiplin perlu mengikut
peraturan yang ditetapkan iaitu ibu bapa perlu membenarkan anak mereka
menduduki ujian kelayakan yang telah
disediakan dengan menggunakan
maklumat pemeriksaan yang
telah disediakan oleh pasukan
profesional di peringkat
saringan sebelum ini.
Hal ini demikian kerana, penilaian
digunakan sebagai tindak
balas kepada keperluan
undang-undang negeri dan daerah
di mana peraturan-peraturan yang melindungi murid, ibu bapa dan sistem sekolah
termasuk hak untuk penilaian bebas dan proses prosedur untuk menyelesaikan
percanggahan pendapat. Melalui undang-undang
ini, jika terdapat
pencagahan pendapat dan
pertikaian antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan hak murid
tersebut akan diselesaikan dan diputuskan melalui undang-undang mahkamah.
Hal ini demikian kerana,
penglibatan ibu bapa dan murid perlu dalam peringkat kelayakan di mana kaunselor
akan mengajukan beberapa
soalan tentang anak
mereka manakala, ahli psikologi mula
mencatat dan menulis
laporan sambil mendengar penjelasan
daripada pihak ibu bapa
untuk mengenal pasti
keupayaan intelektual, status
perkembangan dan keupayaan akademik murid tersebut. Penglibatan pasukan pelbagai disiplin seperti
pakar pertuturan dan bahasa
patologi, terapi pekerjaan,
dan profesional berkaitan
kesihatan dan lain-lain bergantung kepada keperluan
pentaksiran yang dijalankan terhadap murid yang dikenal pasti.
Walau bagaimanapun,
proses kelayakan ini
adalah bertujuan mendapatkan
diagnosis lengkap dan komprehensif terhadap kekuatan, kelemahan, dan
keperluan pembelajaran murid dengan
menetapkan perkhidmatan yang
diperlukan murid tersebut
dalam merancang dan menyediakan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI).
Kesimpulannya, penilaian
pada peringkat ini
digunakan bagi menentukan
jenis pendidikan khas atau
perkhidmatan yang berkaitan
dalam menyediakan pendidikan
yang sesuai. Justeru,
pentaksiran yang dijalankan bergantung kepada keperluan pentaksiran yang
dijalankan terhadap murid
yang dikenal pasti.
Penglibatan pihak ibu
bapa dan pasukan pelbagai disiplin
perlu bagi mendapatkan
diagnosis lengkap dan
komprehensif terhadap kekuatan,
kelemahan, dan keperluan pembelajaran murid dengan menetapkan perkhidmatan
yang diperlukan murid
dengan penyediaan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI)
selepas disahkan oleh pasukan pelbagai disiplin.
Setelah dua
proses iaitu proses
saringan dan proses
kelayakan dijalankan, proses
yang ketiga merupakan proses intervensi pengajaran. Intervensi
pengajaran merupakan satu proses untuk
membekalkan perkhidmatan, pendidikan
dan sokongan kepada
kanak-kanak yang berisiko atau
yang mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan
mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Perkhidmatan atau
program intervensi awal
yang disediakan adalah
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan
keluarga yang berkeperluan khas
dalam lima bidang perkembangan, iaitu
perkembangan fizikal, kognitif,
komunikasi, sosial dan
emosi dan adaptasi intervensi
awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami dan boleh
mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal yang dilakukan
mampu memaksimumkan potensi
kanak-kanak berkeperluan khas
dan mengurangkan bebanan
masyarakat.
Setelah dua
proses iaitu proses
saringan dan proses
kelayakan dijalankan, proses
yang ketiga merupakan proses intervensi pengajaran. Intervensi
pengajaran merupakan satu proses untuk
membekalkan perkhidmatan, pendidikan
dan sokongan kepada
kanak-kanak yang berisiko atau
yang mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan
mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran. Perkhidmatan
atau program intervensi awal yang
disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan
khas dalam lima
bidang perkembangan, iaitu
perkembangan fizikal,
kognitif, komunikasi, sosial
dan emosi dan
adaptasi intervensi awal
boleh mengurangkan kesan
kelambatan perkembangan yang dialami dan boleh mengelakkannya daripada menjadi
semakin serius. Intervensi
awal yang dilakukan
mampu memaksimumkan potensi
kanak- kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat.
Selain
itu, instrumen pentaksiran yang dijalankan juga menunjukkan kepada kita bahawa
terdapat penilaian subjektif
turut menjadi instrumen
bagi guru menilai
murid. Oleh itu, penilaian secara
subjektif sepperti pendapat
dan tanggapan ini
boleh digabungkan dengan keputusan klinikal dan keputusan
daripada senarai semak kemahiran dan skor daripada ujian standard bagi
memastikan ianya adil, objektif dan hasil untuk membangunkan matlamat IEP
yang terbaik. Langkah
yang diketengahkan amat
baik dan boleh
dijadikan contoh. Ianya merupakan langkah
yang bijak kerana
setelah mendapati bahawa
penilaian secara subjektif ini
tidak tepat, langkah
lain yang diambil
adalah dengan menggabungkan
tanggapan dan pendapat dengan
penilaian secara bertulis.
Proses
terakhir dalam menjalankan pentaksiran ialah proses mengukur kemajuan. Setelah
menjalankan ketiga-tiga proses sebelum itu, amat penting untuk melihat
keberhasilan proses itu berlaku. Perubahan
dapat diukur melalui
penilaian. Penilaian merupakan
perihal atau perbuatan, menilai dan
menaksir (Kamus Dewan,1994:930). Ia merupakan suatu proses yang berterusan bagi
mendapatkan maklumat semula dengan
tujuan supaya penggubahan kepada murid
dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan
sempurna. Proses ini amat penting
bagi mengetahui kekuatan
dan kelemahan dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran
selain memastikan para murid tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan
mata muridan yang
telah ditetapkan. Adalah
penting usaha membentuk
murid mencakupi
segala aspek
ini sentiasa dikaji
bagi memastikan keberkesanan
sukatan dan aktiviti
yang dijalankan dapat memenuhi
kehendak dan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
Oleh itu penilaian merupakan
satu aktiviti yang
amat bermakna dan
bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses
Pengajaran & Pembelajaran (P&P).
Antara instrumen
penilaian berterusan ialah
kemajuan pada muridan
harian, skor dari ujian kelas, lembaran kerja dan kertas,
keputusan daripada tugas-tugas dan analisis pola ralat, pencerapan dan
tayangan, mendapat maklumat dari
portfolio murid dan maklumat daripada data
pengurusan tingkah laku.
Skor dan lembaran
kerja murid harus
dikumpul dan dibuat analisis harian
bagi melihat sejauh
mana keberkesanan intervensi
dijalankan. Portfolio
merupakan satu bentuk
sejarah pencapaian murid
yang didokumentasi dan
diperkukuhkan dengan
bukti-bukti hasil kerjanya
dan kesedaran baru
melalui penulisan. Setiap
hasil lembaran kerja, skor,
maklumat portfolio harus direkodkan.
Guru perlu mengekalkan rekod dalam buku gred, graf dan carta dari program
pengurusan tingkah laku, portfolio dan laporan naratif dari pencerapan dan
tayangan dalam format penyimpanan digital pada komputer.
Oleh sebab
mengukur kemajuan murid
adalah penting, penilaian
yang dilakukan mestilah boleh
dipercayai dan sah.
Guru perlu mengetahui
prestasi semasa, matlamat
dan standard pencapaian yang
ingin dicapai. Pengetahuan yang
diperoleh daripada penilaian tersebut, akan
membantu guru untuk
membuat keputusan mengenai
apa yang perlu
diajar selepas ini dan
bagaimana untuk melaksanakannya. Keputusan
yang dibuat untuk
murid- murid tersebut adalah
berkaitan tentang cara
untuk membuat satu
pelan pemulihan yang terbaik. Selain itu, pengukuran kemajuan
yang tepat juga dapat menyediakan satu cara untuk mendokumentasikan pencapaian
murid. Dokumentasi ini
membolehkan akauntabiliti bagi program-program pengajaran.
f)
Kurikulum Masalah Pendengaran
Program pendidikan
khas bermasalah pendengaran
adalah untuk murid-murid berkeprluan khas dalam kategori
bermasalah perndengaran. Melaui program ini, murid-murid bermasalah pendengaran
dilatih daripada segi pertuturan. Mereka juga belajar subjek-subjek yang
dipelajari oleh murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk
Bahasa isyarat. Program ini disediakan di sekolah biasa melalui program
integrase.
Murid-murid yang
mempunyai masalah pendengaran
boleh dibahgikan kepada
dua kategori, iaitu pekak dan separuh
pekak. Murid-murid pekak merupakan
murid-murid yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi
secara langsung atau dengan kata lainnya murid-murid dalam
kategori ini tidak
dapat mendengar apa-apa
bunyi. Manakala murid- murid yang separuh pekak pula
murid-murid yang masih mempunyai sisa-sisa pendengaran dan mereka boleh mendengar sekiranya
memakai alat bantuan pendengaran.
Kebiasaannya, kecatatan ini boleh
disebabkan beberapa faktor
iaitu faktor sebelum
kelahiran atau selepas kelahiran.
Kurikulum bagi
murid-murid masalah pendengaran
ini sama adalah
sama dengan murid-murid aliran
perdana, tetapi cara
penyampaian atau pengajaran
guru semasa pengajaran dan
pembelajaran adalah dengan
menggunakan bahasa isyarat.
Oleh kerana bahasa isyarat
digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran,
maka murid-murid yang mempunyai
masalah pendengaran perlu
diajar tentang penggunaan
Bahasa isyarat terlebih dahulu
semasa peringkat sekolah rendah untuk memudahkannya mengikuti pelajaran.
Kurikulum
masalah pendengaran juga mengandungi penambah komponen kemahiran awal
pendengaran dan pertuturan iaitu (Jabatan Pendidkan Khas (1997) :
1. Asas pengendalian peralatan audiologi
2. Kemahiran prapertuturan
3. Kemahiran mendikriminasikan bunyi
4. Kemahiran menghasilkan suara
5. Kemahiran memori auditori
6. Kemahiran memori visual
7. Kemahiran menghasilkan perkataan awal
Latihan auditori
ialah proses mengajar
otak untk mendengar.
Ia merupakan proses mengajar individu
bermasalah pendengaran untuk
menggunakan ke semua
isyarat auditori (pendengaran)
yang mereka ada sepenuhnya (Carhart
1960). Ini bertujuan untuk membantu mereka
memperolehi kebolehan mendengar
menyerupai individu berpendengaran normal secara
semulajadi tanpa sebarang
intervensi (Erber 1980).
Latihan auditori melibatkan aktiviti-aktiviti mendengar
yang bermatlamat untuk
mengoptimumkan persepsi pertuturan dan bunyi bukan pertuturan.
Seterusnya, latihan
pra-pertuturan merupakan latihan
asas yang dijalankan
bagi memudahkan pelajar belajar
mendengar. Kemahiran pra-pertuturan terdiri
daripasa
kemahiran meniru,
memadankan objek tau gambar, mengambil giliran, tumuan perhatian dan
hubungan mata. Antara
aktiviti yang boleh
dijalankan ialah contohnya
setiap kali pelajar masuk ke dalam kelas, guru ucapkan
“selamat pagi” dan bercakap sebanyak mungkin dengan pelajar berserta pelbagai
mimik muka dan eksperasi gaya badan yang bersesuaian. Selain itu, aktiviti
membaling-tangkap bola secara berpasangan atau dalam kumpulan dan memadankan
objek dan gambar.
Selain itu,
latihan kemahiran mendengar
pula terdiri daripada
empat peringkat. Hirarki perkembangan
kemahiran mendengar diaplikasikan
dalam aktiviti latihan
auditori iaitu mengesan bunyi, membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan
akhir sekali memahami bunyi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru
adalah bermain kerusi bermuzik bagi
mengsan bunyi, menggunakan permaian haiwan dan bunyi haiwan bagi latihan
membezakan bunyi, menggunakan bunyi
Ling 6 iaitu
a,I,u,m,s,sh bagi mengenalpasti
bunyi pertuturan. Bunyi-bunyi ini
mempunyai julat frekuansi
bunyi utama bagi
pertuturan dalam bahasa seharian. Contohnya ambil kepingan
puzzle, letakkan di mulut guru dan hasilkan bunyi /a/. kemudian letak
kepingan puzlle itu
ke mulut pelajar
dan meminta pelajar
tersebut meniru bunyi /a/
itu. Sekiranya pelajar
berjaya meniru bunyi
/a/, berikan puzzle
tersebut dan benarkan dia
mencamtumkannya. Akhir sekali,
bagi aktiviti memahami
bunyi, guru boleh bermain masak-masak, bermain berlakon
peranan, bersoaljawab, mendengar baca buku cerita dan bermain sorok-sorok.
Kesimpulannya, matlamat tertinggi dalam latihan auditori ini aialah memberi
penekanan dalam membantu kanak-kanak menggunakan pertuturan
g)
Kekuatan,kelemahan,halangan dan ruang untuk penambahbaikan.
a. Kekuatan
Berdasarkan tinjauan dan sumber wawancara,
dapat dilihat kekuatan sekolah Smk
Sg Kruit dalam
pengurusan pelajar pelbagai
upaya iaitu kebolehan
dan potensi sekolah tersebut
dalam menyediakan alat
bantu mengajar untuk
pelajar yang memerlukan diurus dengan baik. Melalui pemerhatian juga,
keselesaan bilik darjah memberi perasaan
dan semangat untuk
pelajar untuk belajar
dan proses pengajaran dan
pembelajaran dibantu oleh pembantu pengurusan murid. Menurut
Woolfolk(200:427), persekitaran bilik
darjah yang melibatkan
ruang, susun atur
bilik darjah dan dimensi
sosial mempengaruhi pembinaan budaya
sesebuah bilik darjah. Semua faktor
tersebut perlu diambil
kira oleh guru
dalam menyediakan pelan bilik
darjah yang sistematik.
Di negara kita,
isu yang seringkali
timbul mengenai kemudahan bilik
darjah adalah seperti
kelas yang sempit,
bahan kemudahan fizikal yang
digunakan dan kedudukan
ruang fizikal yang
diguna pakai dalam sistem
bilik darjah. Walau
bagaimanapun, bilik darjah
Pendidikan Khas di SMK Sungai Kruit menyediakan persekitaran bilik darjah
yang selesa dan sistematik. Walaupun bilik darjah mempunyai ruang yang kecil
namun susun atur meja dan kerusi pembelajaran serta perabot di dalam kelas
disusun dengan kemas dan teratur. Guru-guru dan seorang pembantu pengurusan
murid pula mempunyai kemahiran dan cara tersendiri
untuk mendidik pelajar
pelbagai upaya di sekolah ini. Contohnya, guru
menggunakan banyak contoh
dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu
konsep dan proses
mengajar adalah secara
langkah demi langkah untuk memastikan
pelajar mampu memahami pengajaran.
b. Kelemahan
Bagi kelemahan
sistem pengurusan pelbagai
upaya, sekolah menyediakan mesin braille
namun ia merupakan
mesin model yang
lama untuk pelajar yang
mengalami masalah penglihatan
iaitu Jenny. Menurut pengetua SMK
Sungai Kriut, mesin
braille tersebut amat
sukar untuk mendapatkan model
yang baharu untuk
kegunaan Jenny. Mereka
juga telah memberi peruntukkan
untuk pembelian mesin
yang baharu. Selain
itu, kelemahan pengurusan pelbagai
upaya ini dapat
dikesan apabila sekolah
ini mengalami kekurangan tenaga pengajar. Di dalam kelas tersebut,
terdapat 10 orang murid yang
terdiri daripada pelbagai
upaya seperti autisme,
cacat penglihatan dan masalah
pembelajaran dan hanya
dua orang guru
beserta seorang pembantu pengurusan
murid dibekalkan di
sekolah tersebut. Bagi pelajar
pelbagai upaya sebegini,
mereka memerlukan guru
yang ramai untuk membimbing dan
mengajar mereka supaya
dapat memberi tumpuan
yang spenuhnya kepada setiap pelajar.
c. Halangan
Bagi halangan
yang sedia ada, dapat dilihat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
pelajar yang mengalami kekurangan dan masalah dari segi fizikal dan mental ini
dikenalpasti mengambil masa yang agak panjang untuk mengingat dan
menghafal sebuah pelajaran.
Hal ini kerana,
perkembangan otak pelajar pelbagai
upaya ini begitu
perlahan sehinggakan mereka
lambat untuk menghadam sebuah
pelajaran. Oleh itu,
alat bantu mengajar
yang disediakan akan membantu
murid ini untuk
lebih minat dan
tertarik dengan pelajaran apabila
guru lebih kepada
kemahiran berbanding fakta
dan lisan. Bagi pelajar
di SMK Sungai
Kruit, pelajar yang
cacat penglihatan seperti Jenny
menhadapi cabaran untuk
mengingati abjad-abjad yang
menggunakan tulisan dan mesin braille.
Guru yang mengajar pula
mengalami kesukaran untuk membantu
pelajar tersebut kerana
kelemahan pada pelajar.
Oleh yang demikian, penambahan
guru atau pembantu pengurusan murid adalah penting untuk memastikan pelajar
pelbagai upaya ini dapat dibantu dan diajar dengan penuh tumpuan dan dedikasi.
d. Penambahbaikan
Dari aspek
penambahbaikan, SMK Sungai
Kruit hendaklah memastikan pelajar pendidikan
khas ini mendapat alat
bantu mengajar yang
lebih efisien demi kelangsungan
dan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, mesin
braille untuk
pelajar cacat penglihatan
hendaklah model yang baharu supaya dapat
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
beserta dengan alat-alat
keperluan lain yang lebih
kepada praktikal dan
kemahiran pelajar. Dari
segi bilangan guru
pula, sekolah haruslah menambah
bilangan guru yang
berkemahiran dalam membimbing
dan mengajar pelajar pelbagai upaya ini. Jumlah tenaga pengajar yang ramai
dapat memastikan guru
menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap seorang
hingga tiga orang
pelajar dalam satu
masa. Hal ini
untuk menjamin keberkesanan dalam
sesi pengajaran dan
memastikan pelajar mampu memproses
maklumat dengan lebih
pantas. Selain itu,
alat bantu mengajar hendaklah
dibekalkan dengan secukupnya kepada
kelas pendidikan
khas
untuk membantu guru
dalam proses menerangkan
sesebuah pengajaran terhadap
pelajar.
3.0 RUMUSAN
Setelah menjalankan tinjauan
di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai
Kruit,Sungkai, Perak. Kami
telah pun mengetahui
banyak perkara yang
perlu diuruskan dan banyak
ilmu-ilmu tatacara pengurusan murid dalam sesebuah sekolah khususnya bagi
menguruskan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai upaya. Melalui tinjauan
tersebut kami telah melihat sendiri keadaan murid pelbagai upaya dalam kelas di
sekolah tersebut.
Impak
daripadanya, kami dapat melihat interaksi yang berlaku antara murid pelbagai
upaya dengan guru dan juga kami sebagai pelawat dalam kelas tersebut. Tegasnya,
melihat sendiri perwatakan mereka
yang mempunyai kelainan
upaya dalam pergaulan
mereka yang sangat peramah, pemalu, rendah diri dan terdapat kelebihan
dan keunikan tersendiri dalam diri mereka. Jelasnya, mereka sangat istimewa
kerana keupayaan dan sikap semula jadi yang wujud dalam diri mereka jarang dan
tidak terdapat pada insan biasa.
Guru-guru yang
mengajar murid-murid yang
terdiri daripada kepelbagaian
upaya ini juga mempunyai
ciri keunikan yang
agak berbeza dengan
guru yang lain.
Hal ini kerana, sifat
keperibadian mereka yang
luhur sudah terbiasa
berhadapan dan mendidik murid-murid kepelbagaian upaya ini
telah membentuk nilai-nilai positif dalam diri mereka. Antara nilai-nilai
positif yang agak
ketara mereka tonjolkan
ialah keikhlasan mereka dalam mendidik dan menjaga murid-murid
kepelbagaian upaya ini,
Seterusnya, mereka
mudah untuk bergaul
mesra dengan murid
kerana perhatian dan layanan
lembut mereka terhadap para murid ini menimbulkan suatu perasaan empati
yang meletakkan diri
mereka dalam diri
murid tersebut. Oleh
itu, wujud perasaan
kasih sayang yang mengikat
pergaulan mesra antara
guru dan murid
pelbagai upaya ini. Holistiknya, pengurusan murid pelbagai
upaya ini agak berbeza dengan pengurusan murid yang normal. Hal ini kerana,
nilai-nilai kemanusiaan seperti perhatian, pengawalan emosi dan penjagaan yang
ikhlas serta teknik yang mampan sangat diperlukan dalam pengurusan murid
pelbagai upaya.
RUJUKAN
Chua Tee
Tee & Koh
Boh Boon (1992).
Pendidikan Khas
dan Pemulihan :
bacaan asas.
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
National Institute
of Mental Health. Autism
Spectrum Disorder. Diperoleh daripada
Portal Pendidikan
Utusan Malaysia. (2018)
Kurikulum alternatif untuk
murid istimewa. Diperoleh daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/info-ringkas-
pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa
Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad
(2011). Pengantar pendidikan khas. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM)
Kementerian Kesihatan Malaysia
(2014). Latihan Auditori. Diperoleh daripada
http://www.myhealth.gov.my/latihan-auditori/
PETA MINDA
PETA MINDA
RUMUSAN
Topik ini akan menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai
upaya iaitu mengenai pemulihan,penggayaan,pelbagai kecerdasan serta pelajar
yang berkeperluan khas.Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk
membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas
membaca,menulis dan mengira (3M). Manakala,penggayaan merupakan aktiviti
tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan samada semasa sesi
persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Tujuan proses penggayaan adalah untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.Terdapat juga
pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid.Setiap murid mempunyai kecerdasan yang
berbeza-beza.Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.
Kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan
seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan.Manakala,murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai
golongan murid istimewa yang kurang berupaya,murid pintar cerdas,murid berisiko
dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku.Pengurusan murid yang
dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk
belajar dan memperkembangkan kebolehan mereka dari segi kognitif,afektif dan
psikomotor.Dalam tajuk,apa yang dapat dilihat adalah
pemulihan,penggayaan,pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas mempunyai
hubungkait diantara satu sama lain dan guru disekolah haruslah kreatif dalam menjalankan
P&P di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan kepada murid
mengikut tahap mereka.
RUJUKAN
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : bacaan asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitie Satibi (2017). MyMetro: Mengenali Tanda Autisme. https://www.hmetro.com.my/node/218009
National Institute of Mental Health. Autism Spectrum Disorder. Diperoleh daripada
Portal Pendidikan Utusan Malaysia. (2018) Kurikulum alternatif untuk murid istimewa.
Diperoleh daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/info-ringkas-
pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa
Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad (2011). Pengantar pendidikan
khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM)
Kementerian Kesihatan Malaysia (2014). Latihan Auditori. Diperoleh daripada
No comments:
Post a Comment