Tuesday, 11 December 2018

LAPORAN KUMP.11




SEMESTER 2 SESI 2018/2019
KPS3014 PENGURUSAN  PEMBELAJARAN 
TAJUK



PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA DI
SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN SUNGAI KRUIT, SUNGKAI


DISEDIAKAN OLEH


NAMA AHLI KUMPULAN                     NO.MATRIK                     PROGRAM


NUR   SALIDA   SYULAIDA   BINTI   MOHD SALLEH    D20172080703       ISMP SEJARAH


SITI NURUL SAADAH BINTI NASARUDIN       D20172080835             ISMP PEND. ISLAM STACEY MCQUINN USANG                                 D20172080694                 ISMP SEJARAH SITI ZAHIRAH BINTI MOHD YUSOFF             D20172080789             ISMP PEND. ISLAM NUR AFAF SYUKRIYAH BINTI ZALI       D20172080716                 ISMP SEJARAH SYAFIENAZ BINTI SHARI                                D20172080680                 ISMP SEJARAH
NUR ALIAH HUSNA BINTI MUSTAFFA            D20172080791             ISMP PEND. ISLAM




KUMPULAN KULIAH : A

NAMA PENSYARAH : DR. RIDZUAN JAAFAR TARIKH SERAH : 30 OKTOBER 2018





1.0       PENGENALAN

Kursus pengurusan pembelajaran (KPS 3014), merupakan suatu cabang ilmu asas  yang  perlu  diketahui  oleh  bakal  guru  bagi  membiasakan  diri  untuk  menjadi seorang  guru  dan  berada  di  alumnai  persekolahan  kelak.  Oleh  itu,  melalui  tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah telah mewajibkan tinjauan bakal guru ke sekolah- sekolah  menengah  untuk  mengkaji  sekolah  tersebut  berdasarkan  tajuk  kursus  yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Oleh  hal  yang  demikian,  kami  terlebih  dahulu  mengenal  pasti  sekolah  dan meminta kebenaran pengetua sekolah bagi membuat tinjauan untuk memenuhi kriteria tugasan  yang  diamanahkan  kepada  kami  secara  berkumpulan.  Implikasinya,  kami telah  membuat  tinjauan  di  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit,  Sungkai, Perak   yang   merupakan   sekolah   berkeperluan   khas   iaitu   murid-muridnya   terdiri daripada pelbagai keupayaan.

Hal  ini  kerana,  tajuk  tugasan  yang  diberikan  kepada  ahli  kumpulan  kami adalah  “Pengurusan  Murid  Pelbagai  Upaya”,  dimana  perincian  kepada  tugasan  ini mendorong kami bertindak mengkaji sekolah menengah khas yang mempunyai murid pelbagai  upaya,  menemu  bual  guru  dan  murid  pelbagai  upaya  bagi  melengkapkan tujuan tinjauan tugasan ini dilakukan.

Hasil  daripada  tindakan  tersebut,  kami  dapat  mengetahui  jenis  kekurangan atau  kepelbagaian  upaya  murid  dalam  kelas,  dapat  mengetahui  cara  guru  mengajar murid  mereka  yang  terdiri  daripada  pelbagai  ragam  dan  jenis  keupayaan,  dapat mengetahui   teknik  dan  cara   guru   di  sekolah   tersebut  mengawal   situasi  pelajar pelbagai upaya serta mengetahui peralatan khas yang digunakan oleh murid pelbagai upaya  ini.  Sebagai  misalnya,  bagi  murid  yang  mempunyai  masalah  penglihatan  dan tidak boleh melihat akan menggunakan mesin taip khas atau tulisan braille.

Secara  futuristiknya,  kami  dapat  mengesan  perbezaan  teknik  para  guru  di sekolah  tersebut  dalam  menguruskan  murid  pelbagai  upaya.  Rentetan  itu,  hasil daripada  tinjauan  ini kami  mendapat  ilmu pengetahuan  dan pengalaman  baru  dalam melihat  sendiri  keadaan  alumni  persekolahan  terutamanya  bagi  murid-murid  yang terdiri daripada kepelbagaian upaya. Pada masa yang sama juga, kami dapat melihat sendiri  keistimewaan  yang  ada  pada  mereka  dan  tidak  terdapat  pada  manusia  atau pelajar yang normal. Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan




secara   sama   rata   termasuk   murid-murid   pelbagai   upaya   yang   wajar   mendapat pendidikan  khas.  Pendidikan  khas  diwujudkan  untuk  memenuhi  keperluan  pelajar pelbagai  upaya  di  tiga  pilihan  persekolahan  iaitu  sekolah  pendidikan  khas  yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Inklusif di sekolah pendidikan prasekolah, rendah atau lepas menengah.




2.0 Isi-isi penting

i.      Latar belakang Pendidikan Khas



Pendidikan  adalah   hak  asasi  semua  manusia.  Semua  insan  di  dunia  ini mempunyai   hak   untuk   belajar   dan   mengetahui   sesuatu.   Pelajar   kurang   upaya sepatutnya  tidak  disisihkan  daripada  arus  pembelajaran  nasional.  Misi  pendidikan khas  iaitu  menyediakan  perkhidmatan  yang  berkualiti  kepada  murid-murid  dengan keperluan  khas  bagi  membolehkan  mereka  menjadi  insan  yang  berdikari,  berjaya dalam kehidupan serta berupaya menyumbang kea rah pembangunan masyarakat dan negara.


Minat  terhadap  Pendidikan  Khas  di  Malaysia  bermula  pada  tahun  1920an dengan   penglibatan   sukarelawan   yang   terlibat   dalam   pembukaan   sekolah   cacat penglihatan  dan  pendengaran.  Sekolah  pertama  pendidikan  khas  adalah  Sekolah Rendah  (SPRK)  St.  Nicholas  oleh  Gereja  Anglican  di  Melaka  SPRK  ST.  Nicholas yang berpindah ke Pulau Pinang.  Laporan jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran  melalui  perakuan  169  membawa  kepada  satu  penekanan  dan  tumpuan kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. B. Berdasarkan Akta Pendidikan
1996,  peraturan-peraturan  Pendidikan  Khas  (1957)  ‘murid-murid  dengan  keperluan khas’   bermakna   murid-murid   yang   mempunyai   masalah   penglihatan,   kecacatan pendengaran serta masalah pembelajaran.


Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit  atau  nama  ringkasannya  SMK Sungai  Kruit  merupakan  sebuah  sekolah  menengah  kebangsaan  yang  terletak  di Simpang Sungai Klah. Di sekolah ini terdapat 10 orang pelajar pendidikan khas yang berlainan  permasalahan  pembelajaran.  Antaranya  adalah  autisme,  ADHD,  masalah




penglihatan  dan  kebanyakannya  pelajar  bermasalah  pembelajaran  (slow  learner).  Di sekolah  ini  juga  mempunyai  (tambah  bilangan  guru).  Orang  guru  serta  (bilangan) pembantu pengurusan murid (PPM) yang turut serta berada di dalam bilik mengajar bagi membantu proses pembelajaran berjalan dengan lancar.


ii.      Kurikulum Pendidikan Khas



Pendidikan  anak-anak  istimewa  sentiasa  menjadi  keutamaan  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan KPM juga menitikberatkan masalah bagi pelajar yang menghadapi  masalah  dalam  pembelajaran.  Untuk  menguasai  Kurikulum  Alternatif yang telah direka dan dibina khas untuk pelajar berkeperluan khas ini, pertimbangan perlu  dibuat  agar  pelajar  berkeperluan  khas  atau  istimewa  ini  mendapat  peluang pendidikan  yang  sama  dengan  pelajar-pelajar  lain.  Untuk  menjayakan  cita-cita  ini, kualiti pendidikan bagi pelajar pendidikan khas perlu dipertingkat kepada tahap yang baru.  Menurut  Peraturan-peraturan  Pendidikan  Khas  (2007),  Kurikulum  Alternatif merupakan kurikulum yang dibina khusus serta  dianggap  sesuai  dan dapat  memberi manfaat yang besar untuk pelajar berkeperluan khas selain dari kurikulum dan latihan kemahiran.


Bagi  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah   Pendidikan  Khas  (KSSRPK), Masalah   Pembelajaran   Tahap   Satu,   terdapat   hanya   lima   mata   pelajaran   iaitu Pengurusan   Kehidupan,   Asas   3M   (Membaca,   menulis,   mengira),   Seni   Kreatif, Pendidikan  Islam  atau  Moral  dan  Pendidikan  Jasmani.  Komponen-komponen  yang terdapat  dalam  mata  pelajaran  Pengurusan  Kehidupan  pula  ialah  Pengurusan  Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif.


Asas  3M  merangkumi  Bahasa  Malaysia,  Bahasa  Inggeris  dan  Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif. Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas,  Seksyen  41,  Subseksyen  (1)  (B)  Peraturan-peraturan  Pendidikan  (Pendidikan Khas)   1997,   guru   boleh   mengubahsuai   kaedah   atau   teknik   pengajaran   dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.




Pendekatan  yang  diambil  dapat  menentukan  komposisi  yang  terbaik  dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka  yang tidak kurang dari segi  aptitud  atau  intelek  turut  diberi  sokongan  untuk  menguasai  kurikulum  arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. Mereka  juga  akan  ditempatkan  di Program-program Inklusif  bersama  pelajar-pelajar biasa  di  kelas  aliran  perdana  serta  dibenarkan  untuk  mengambil  peperiksaan  awam seperti UPSR, PMR dan SPM.


Berdasarkan    pencapaian,    mereka    juga    boleh    dipertimbangkan    untuk ditempatkan  di  SMPK(V)  Indahpura,  Kulai,  Johor  atau  sekolah-sekolah  menengah teknik yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan khas selaras dengan hasrat  kerajaan  dalam  memastikan  semua  murid  diberi  peluang  untuk  mendapat pendidikan yang sama rata




iii.      Latar Belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit



A.        Pengenalan



Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit  bertempat  di  Sekolah Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit, 35600,  Sungkai,  Perak  Darul  Ridzuan. Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit  terletak  di  persimpangan  jalan menuju ke Felda Sungai Klah. Letaknya lebih kurang 2 kilometer dari Pekan Sungkai.  Pada  peringkat  awal,  kawasan  ini  merupakan  kawasan  pertanian. Kawasan  ini  dipilih  kerana  kedudukannya  yang  strategik  di  tepi  jalan  raya utama  yang  menghubungkan  Pekan  Sungkai  dengan  Tanjung  Malim.  Projek pembinaannya  telah dijalankan pada tahun 1993 di atas tapak seluas 15 ekar dan   telah   siap   sepenuhnya   pada   tahun   1995   dengan   kos   pembinaannya dianggarkan sekitar RM4.4 juta. Sekolah ini mula beroperasi sebagai sekolah yang ke 17 di daerah Batang Padang pada 4 disember 1995 apabila Tuan Haji Md. Sohut dilantik sebagai pengetua yang pertama. Antara staf akademik yang terawal  melaporkan  diri  di  sekolah  ini  ialah  Puan  Rohaini  Subari  dan  Encik Idris  Johari.  Sebagai  peneroka  sekolah  ini  mereka  bukan  sahaja  membuat perancangan untuk menerima guru dan pelajar tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas  pengurusan  dan  pentadbiran  yang  pada  kebiasaannya  dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain. Kemasukan pelajar buat kali  pertama  ke  sekolah  ini  ialah  pada  4  Disember  1995  iaitu  seramai  425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan juga dari "feeder school". Jumlah keseluruhan pelajar yang memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah seramai 674 orang.


B.        Latar Belakang Sekolah



Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit  berasal  daripada  tapak ladang   yang   dinamakan   Ladang   Sungai   Kruit.   Faktor   ini   menyebabkan sekolah  ini  dinamakan  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit.  Nama itu dipilih kerana tempatnya bersesuaian dengan lokasi yang dipanggil Ladang Sungai  Kruit.  Oleh  itu,  nama  itu  dipersetujui  sebulat  suara  oleh  penduduk




tempatan.  Tarikh  penggunaan  nama  sekolah  itu  dipilih  dan  mula  digunakan pada 4 Disember 1995.




C.        Falsafah dan Budaya Sekolah

Falsah   Sekolah   Menengah   Kebangsaan   Sungai   Kruit   ini   adalah menggembleng   tenaga   bersama   dan   mempertingkat  imej   sekolah   dengan keupayaan  melahirkan  generasi  yang  cemerlang.  Budaya  Sekolah  Menengah Kebangsaan  Sungai  Kruit  adalah  budaya  Melayu.  Walaupun  terdapat  kaum lain  di  sekolah  ini,  budaya  Melayu  masih  menjadi  budaya  utama.  Namun begitu, ini tidak bermakna budaya kaum lain dilupakan, kaum india dan orang asli   tetap   mengekalkan   budaya   mereka.   Hal   ini   demikian   kerana   untuk mengelakkan perselisihan faham dengan cara menghormati budaya kaum lain. Jika diadakan sambutan hari raya Aidilfitri di sekolah, murid india dan orang asli tidak dilupakan. Mereka turut merayakannya bersama kami. Kerana sifat keterbukaan  warga  sekolah  yang  menganggap  semua  murid,  guru  dan  staf sebagai satu keluarga. Berdasarkan bendera sekolah SMK Sungai Kruit, warga sekolah  perlulah  bersatupadu  walaupun  berlainan  bangsa.  Jika  bacaan  yasin diadakan,  murid-murid bukan  Islam  boleh  mengulangkaji  pelajaran  di  dalam kelas  atau  di  kantin.  Budaya  ini  dapat  dikekalkan  jika  warga  SMK  Sungai Kruit saling hormat antara satu sama lain.


iv.      Objektif kajian

Kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  pengurusan  murid  pelbagai  upaya  serta menjelaskan cara pengajaran dan pembelajaran dengan membezakan cara pengurusan pelajar  pelbagai  upaya  di  sekolah  pendidikan  khas.  Misi  Pendidikan  Khas  iaitu “Menyediakan  perkhidmatan  yang  berkualiti  kepada  murid-murid  dengan  keperluan khas   bagi   membolehkan   mereka   menjadi   insan   yang   berdikari,   berjaya   dalam kehidupan   serta   berupaya   menyumbang   ke   arah   pembangunan   masyarakat   dan negara” dapat dilihat di sekolah pendidikan khas yang menyediakan pendidikan yang merangkumi  aspek-aspek  pengajaran  dan  pembelajaran,  latihan  jasmani  dan  juga pendidikan  berteraskan  rumah,  hospital  dan  institusi.  Objektif-objektif  yang  ingin dicapai  ketika  melakukan  kajian  di  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit adalah seperti berikut






a.   Kajian  ini  dilakukan  untuk  melihat  bagaimana  pengurusan  murid  pelbagai upaya di SMK Sungai Kruit
b.   Kajian  juga  dijalankan untuk  menjelaskan  cara  pengajaran  dan  pembelajaran pelajar dalam pendidikan khas.
c.   Kajian  ini  seterusnya  bertujuan  untuk  membezakan  cara  pengurusan  pelajar pelbagai upaya di sekolah.
d.   Kajian ini dijalankan untuk melihat daya pemahaman pelajar dengan cara pengajaran yang dijalankan.




v.      Kaedah-Kaedah Kajian

Untuk  membuat  tugasan  ini,  kumpulan  kami  menggunakan  beberapa  kaedah  untuk mencapai  objektif  yang  ditetapkan.  Dengan  kaedah-kaedah  yang  dijalankan,  kami dapat mengetahui cara pengurusan pelajar pelbagai upaya di tempat kajian kami iaitu Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sungai  Kruit.  Usaha-usaha  ini  merupakan  salah wadah untuk mengkaji sesuatu perkara.

i.      Kaedah Temu Bual


Kaedah  pertama  yang  digunakan  adalah  kaedah  temu  bual. Melalui  kaedah  ini,  kami  telah  menemu  bual  pengetua   dan  juga seorang   guru  pendidikan   khas  di  Sekolah  Menengah   Kebangsaan Sungai  Kruit.  Sebelum  menjalankan  kajian  ini,  kami  terlebih  dahulu menyediakan  soalan-soalan  yang  berkaitan  dengan  tajuk  kami  dan menanyakan   semua   soalan-soalan   tersebut   ketika   menemu   bual pengetua dan guru pendidikan khas ini. Hal ini demikian kerana kami ingin  mendapatkan  maklumat  yang  lebih  lanjut  serta  tepat  berikutan kajian kami.




ii.     Kaedah Lawatan di Tempat Kajian

Kaedah  kedua  yang  kami  gunakan  untuk  mencapai  objektif- objektif kami adalah dengan menggunakan kaedah lawatan ke sekolah. Sekolah   yang   menjadi   sasaran   kami   adalah   Sekolah   Menengah Kebangsaan  Sungai  Kruit  yang  bertempat  di  Sungkai,  Perak.  Semua ahli    kumpulan    menyertai    lawatan    ini    dan    bekerjasama    untuk menyiapkan   tugasan.   Perkara-perkara   yang   kami   lakukan   ketika lawatan ini memerhatikan pengurusan pelajar pelbagai upaya.

iii.    Kaedah Pencarian Sumber dari Internet dan Buku

Kaedah  ketiga  iaitu  kaedah  pencarian  sumber  dari  buku  dan internet  digunakan  untuk  menambahkan  ilmu  pengetahuan  mengenai tajuk  yang  diberikan  dan  menguatkan  lagi  proses  metodologi  kami. Kami  menggunakan  beberapa  sumber  yang  senang  untuk  didapati untuk  mencari  perkara  yang  diperlukan.  Buku-buku  merupakan  salah satu  sumber  kami.  Hal  ini  kerana  terdapat  banyak  buku  yang  boleh diperoleh  daripada  Perpustakaan  Tunku  Bainun  yang  bertajuk  Pelajar Pelbagai   Upaya   dan   Pendidikan   Khas.   Selain   itu,   banyak   laman sesawang yang kami gunakan sebagai sumber untuk kajian ini.




vi.      Hasil kajian

a)   Susun atur dalam kelas



Melalui  kajian  yang  dijalankan,  didapati  bahawa  pelajar  di  dalam  kelas  Pendidikan Khas  di  Smk  Sg  Kruit  adalah  seramai  10  orang  yang  berumur  dalam  lingkungan  15  tahun hiungga 19 tahun. Pelajar-pelajar ini mengalami masalah seperti autisme, slow learner, cacat penglihatan dan hyperactive. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar pelbagai upaya di SMK Sungai  Kruit  selesa  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  mampu  menyesuaikan diri  dengan  prasarana  kelas  yang  kondusif.  Pengurusan  pembelajaran  adalah  sangat  teratur untuk memastikan pelajar dapat menerima dan memproses sesuatu pengajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, susunan tempat duduk pelajar adalah berasaskan Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu  saling  berhadapan  antara  satu  sama  lain.  Perabot  pula  disusun  dengan  kemas  dalam memastikan  pergerakan  dalam  bilik  darjah  itu  selesa  dan  tidak  terhad.  Dokumen-dokumen pelajar  dan    fail  pembelajaran  diletakkan  di  suatu  tempat  yang  mudah  untuk  dicari  dan tersusun rapi.


Berdasarkan  Dasar  Pendidikan  Wajib  2002  iaitu  merancang  aktiviti  dan  ehwal pendidikan   khas,   guru   hendaklah   melibatkan   pelajar   dalam   aktiviti   kurikulum   seperti pertandingan  yang  dilaksanakan  oleh  sekolah.  Seterusnya  ialah,  merancng,  menyelaraskan dan  menilai  dasar-dasar  dan  peraturan-peraturan  daripada  segi  peluang  pendidikan  yang seimbang. Khidmat bantu dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas. Contohnya, guru membahagikan kelas kepada dua iaitu kelas memasak dan berkebun.


b)   Cara Pengajaran Guru



Dalam cara mengajar pula, pelajar yang mengalami masalah kritikal dari segi fizikal mahupun perkembangan minda mendapat bantuan dari segi teknik mengajar disertai dengan alat  bantu  mengajar  yang  sesuai.  Contohnya,  pelajar  yang  mengalami  masalah  penglihatan seperti  Jenny  belajar  menggunakan  mesin  tulisan  Braille.  Walaupun  mengalami  kesukaran dalam pembelajaran, namun mesin dan tulisan braille yang digunakan membantu dia belajar dengan pantas.


Berdasarkan  tinjauan  yang  dilakukan,  pelajar-pelajar  pendidikan  khas  ini  menerima cara  pembelajaran  yang  berbeza  disebabkan  kelainan  upaya  yang  berbeza.  Selain  itu,  guru menggunakan    teknik    pembelajaran    abad    ke-21    dengan    menyediakan    alat    bantu mengajar(ABM)  untuk  memudahkan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  pelajar  di  dalam kelas.   Sebagai   contoh,   para   pelajar   diajar   melalui   penggunaan   televisyen   iaitu   siaran




pembelajaran  dan  penggunaan  slide  selain  daripada  mengadakan  permainan  dan  aktiviti kemahiran  seperti  memasak  dan  berkebun.  Hal  ini  dilakukan  supaya  dapat  menarik  minat mereka dan memberi mereka pengalaman baru dalam pembelajaran mereka. Tambahan lagi, pelajar-pelajar  sebegini  lebih  cenderung  kepada  praktikal  dan  kemahiran  berbanding  teori atau fakta kerana kelemahan pada minda mereka.


Melalui  wawancara  yang  dilakukan,  pelajar  dikategorikan  mengikut  tahap.  Tahap pertama  ialah  tahap  yang  lemah  dari  segi  membaca  dan  mengira  namun  lebih  kepada kemahiran  manakala  tahap  kedua  adalah  di  mana  pelajar  mampu  mengira,  membaca  dan menulis namun  di berada di peringkat yang  biasa. Pembahagian kelas ataupun pengasingan kelas  ini  dijalankan  untuk  memastikan  pelajar  diberi  tumpuan  sepenuhnya  dan  menjamin keberkesanan   proses   mengajar.   Konsep      bilik   darjah   berasingan   dilaksanakan   bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dalam kelas.


Guru  juga  akan  memberikan  kuiz  selepas  proses  pengajaran  untuk  menguji  tahap kefahaman  pelajar.  Guru  juga  akan  meminta  pelajar  yang  faham  sesuatu  pengajaran  untuk membantu pelajar  yang  kurang  faham  di  dalam  kelas.  Pelajar  yang  lemah  pula akan  diberi tumpuan untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam sebuah pembelajaran.


Berdasarkan temubual bersama pengetua sekolah tersebut, kelas Pendidikan Khas ini mempunyai  seorang  pembantu  pengurusan  murid  yang  berperanan  untuk  membantu  dalam menguruskan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas pendidikan khas.


c)   Bilik Pembelajaran



Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik kas dan kemudahan lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran  optimum  kepada  semua  pelajartermasuklah  bagi  pelajar  pendidikan  khas. Melalui  pendidikan  yang  sempurna,  pelajar  pelajar  Pendidikan  Khas  boleh  dilatih  untuk berdikari  di  samping  memperkembangkan  potensi  mereka.  Sepertimana  yang  kita  ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar belakang.


Manakala   pengurusan   bilik   darjah   bolehditakrifkan   sebagai    kebolehan   guru mengawal  pelajar  bagi  memastikan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  berjalan  dengan lancar.   Pengurusan   bilik   darjah   yang   baik   dapat   mengurangkan   masalah   disiplin   dan menigkatkan prestasipelajar. Seiring dengan itu, persekitaran bilik darjah yang kondusif perlu




diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya. Pelajar  berkeperluan  khas  ditempatkan  di  bawah  pendidikan  khas  iaitu  perkhidmatan  dan kemudahan  pendidikan  yang  disediakan  untuk  individu  istimewa  atau  kurang  upaya  yang terdiri  daripada  mereka  yang  mengalami  kecatatan  mental,  masalah  pendengaran,  masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak boleh  dikecualikan  daripada  sistem  pendidikan  umum  atas  asas ketidakupayaan.  Oleh  yang demikian,  bagi  membolehkan  mereka  melanjutkan  pelajaran,  penyesuaian  yang  munasabah yang sesuai dengan keperluan mereka perlu disediakan.


Golongan  ini  juga  berhak  mendapat  kesamarataan  dan  layanan  secara  adil  tanpa sebarang  unsur  diskriminasi  terhadap  ketidakupayaan  mereka  (Zainudin,  2004)  Bagi  tujuan proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  berkesan,  susun  atur  sesebuah  bilik  darjah  yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana  fizikal  dalam  bilik  darjah  khususnya  susunan  tempat  duduk  memainkan  peranan penting.  Susunan  yang  berkesan  membolehkan  guru  mudah  untuk  bergerak  menghampiri pelajar.  Susunan  perabot  seperti  computer,  almari,  meja  besar  untuk  kerja  kumpulan  yang selesa   dan   kemas   akan   menimbulkan   susasana   ceria   bagi   pelajar   menjalani   proses pembelajaran.


Di  SMK  Sungai  Kruit,  terdapat  2  bilik  pembelajaran,  1  dapur  dan1  bilik  guru. Melalui  pemerhatian  kami  persekitaran  bilik  darjah  yang  disediakan  oleh  pihak  sekolah berada dalam keadaan yang kondusif. Walaupun bilik-bilik tersebut bersaiz sederhana tetapi susun  atur  perabot  berada  dalam  keadaan  yang  baik.  Seperti  yang  disebut  sebelum  ini, susunan    tempat    duduk    yang    berkesan    memainkan    peranan    penting    kerana    ianya membolehkan  guru  untuk  mudah  bergerak  menghampiri  pelajar.  Seperti  yang  disebut  di dalam video oleh Puan Izzati, walaupun didalam bilik darjah hanya ada sejumlah pelajar yang sedikit tetapi bagi mengawal pelajar Pendidikan Khas ini sedikit susah.


Jadi,  semasa  pembelajaran  terdapat  seorang  pembantu  pengurus  murid  yang  akan sama-sama berada di dalam kelas bagi membantu guru yang lain mengajar. Susun atur meja ini  membolehkan  guru  dan  pembantu  pengurus  murid  tersebut  bergerak  dengan  lancar sepanjang pemeblajaran. Seterusnya, di dapur pula, guru-guru SMK Sungai Kruit memastikan alatan  yang  berbahaya  seperti  pisau  disimpan  dengan  rapi  di  dalam  sebuah  rak  khas  yang dikunci. Hal ini kerana, dikhuatiri pelajar pendidikan khas menggunakan alatan tersebut untuk bermain.   Malah,   gas   masak   juga   tidak   akan   dibiarkan   begitu   saja.   Apabila   proses pembelajaran  berlangsung  sahaja  gas  masak  akan  dihidupkan  tetapi  hanya  guru  sahaja dibenarkan    untuk    berbuat    sedemikian    bagi     mengutamakan    keselamatan.    Secara




keseluruhannya, bilik-bilik  pembelajaran di  SMK Sungai  Kruit berada dalam  keadaan yang baik dan selesa.


Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaik oleh pihak sekolah  iaitu  menyediakan  bilik-bilik  lain  untuk  membnatu  perkembangan  dan  pengurusan diri seperti bilik mata pelajaran pengurusan diri, bilik akses kendiri, bilik pendidikan moral bagi pelajar bukan islam dan sebagainya. Analisa juga menunjukkan kedudukan tandas bagi pelajar-  pelajar  pendidikan  khas  tidak  bersesuaian  dengan  keadaannya  yang  jauh  dari  bilik darjah.  Hal  ini  boleh  menyusahkan  bukan  sahaja  pelajar  malah  guru  yang  perlu  mengikuti pelajar khas ini ke tandas dan sekaligus menganggu proses pembelajaran dan penagajaran.




d)  Penggunaan Alat Bantu Mengajar

1.    Mesin Braille

Alat bantu mengajar ini digunakan oleh pelajar yang cacat penglihatan untuk membaca  dan  menaip.  Terdapat  cara  tertentu  untuk  menggunakan  mesin  ini.  Guru pendidikan  khas  perlu  mahir  menggunakan  mesin  ini  terlebih  dahulu  sebelum  mula mengajar mengenai cara penggunaannya kepada pelajar.


i. Jenis-jenis pendekatan kepada proses membaca

a.    Firm and flat reading surface untuk memudahkan pergerakan tangan b.    Dalam keadaan selesa dan relaks


ii.    Kod Braille Gred 1 dan Gred 2

a.    Kefahaman tentang jenis-jenis kod Braille ( kod Braille BM, BI, Math)

b.    Abjad, tanda angka, tanda huruf besar, tanda bacaan, pemendekan perkataan, tanda khas, tanda kata.
c.    Peraturan penggunaan kod Braille



iii.   Penggunaan model sel

a.   Latihan   membanding   beza   textile   material   misalnya   dapat   membantu koordinasi motor halus jari kanak-kanak buta
b.    Perkataan  Braille  pertama  yang  diperkenalkan  adalah  nama  pelajar  itu sendiri sebagai contoh Jenny
c.Modifikasi model sel

d.    i.    Kedudukan titik timbul

     Contoh: Swing cell, track-tiles

    Penggunaan nombor kepada titik timbul

    Penggunaan kedudukan (titik atas, tengah, dan bawah)

    Ciri-ciri konsep Spatial

     Contoh:

i.         Y – Mempunyai lubang besar di sebelah kiri

ii.         J – Mempunyai lubang kecil di sebelah atas kiri

iii.        R – Mempunyai tiga titik di sebelah kiri dan satu titik di sebelah kanan
iv.       E – Menurun ke bawah dan ke kanan






iv.   Kemahiran mekanikal: pergerakan tangan dan jari

a.    Pad Jari

b.    Hubungan maksimum dengan huruf Braille

c.    Sudut lebih kurang 300 (Ashcroft & Henderson, 1963)

d.    Sentuhan yang ringan

e.    Proses pengenalpastian yang lancar

f.    Menggunakan jari telunjuk dan jari tengah



v.    Efficient tracking skills

a.    Penggunaan jari kedua-dua tangan – lebih berkesan

b.    Untuk memastikan pergerakan tangan adalah betul dan boleh mengesan permulaan dan penghujung titik timbul.
c.    tangan kanan membaca separuh kedua garisan manakala kiri mendapati baris  seterusnya  dan  membaca  bahagian  pertama  itu  sebaik  sahaja tangan kanan selesai
d.    Mengesan melalui belakang tapak tangan

e.    Untuk  membantu  mengenali  watak  Braille  tetapi  mungkin  menjadi kebiasaan  buruk  yang  menghalang  pembacaan  braille  yang  cekap.  Ini mungkin menunjukkan bahawa kanak-kanak memerlukan lebih banyak amalan dalam mengiktiraf aksara atau kontraksi tertentu (Wormsley & D’Andrea, 1997)




e)   Pentaksiran Pendidikan Khas

Menurut Lembaga  Peperiksaan  Malaysia (2002), pentaksiran  didefinisikan sebagai satu pembelajaran   yang   merangkumi   aktiviti   untuk   menghurai,   mengumpul,   merekod   dan memberi  skor  dan  menterjemah  maklumat  tentang  pembelajaran  seseorang  murid  bagi sesuatu   tujuan   tertentu.   Untuk   membuat   keputusan   tahap   keberadaan   murid   dalam pembelajaran  mereka,  tahap  yang  menjadi  sasaran  untuk  murid  pergi  dan  kaedah  terbaik untuk   mencapainya,   guru   perlu   mentaksir   dan   mencari   bukti   dengan   menggunakan pentaksiran  pembelajaran.  Berdasarkan  definisi-definisi  yang  digunakan  di  dalam  Malaysia dan  luar  negara,  dapat  dirumusakan  bahawa  pentaksiran  merupakan  proses  yag  melibatkan pemerhati,  pengumpul  dan  mentaksir  maklumat  terhadap  hasil  pembelajaran  murid  serta merancang  tindakan  yang  boleh  diambil  oleh  guru  untuk  meningkatkan  penguasaan  dan kefahaman murid terhadap pembelajarannya.


Terdapat empat langkah untuk melakukan proses pentaksiran menurut Venn J.J di dalam bukunya,  Assessment  With  Special  Education.  Empat  langkah  tersebut  adalah  saringan, kelayakan, penempatan dan perubahan.


Peringkat  pertama  adalah   saringan.  Saringan  merupakan  proses  untuk  menentukan adakah mereka mempunyai masalah yang memerlukan penilaian lanjutan. Hal ini bertujuan untuk   mengenal   pasti   kelayakan   murid   tersebut   untuk   mendapat   perkhidmatan   yang bersesuaian berdasarkan keperluan seseorang murid. Proses saringan belaku apabila guru atau ibu  bapa  mendapati  atau  mengesyaki  perbezaan  prestasi  atau  tingkah  laku  seorang  murid dengan  murid  yang  lain.  Seterusnya,  saringan  dilaksanakan  bertujuan  untuk  menentukan sama ada tahap prestasi umum murid berkenaan berada di luar julat purata yang berpotensi mengalami masalah pembelajaran atau dalam keadaan normal.  Berikut adalah bentuk proses saringan  yang  akan  dilakukan  untuk  mendapatkan  keputusan  yang  berkesan  iaitu  ujian saringan formal, melihat rekod kemajuan, rekod intervensi, laporan perubatan, latar belakang pendidikan,  ujian  penglihatan  dan  pendengaran,  latar  belakang  kehadiran,  berhubung  dan berjumpa  dengan  ibu  bapa,  membuat  pemerhatian  berdasarkan  senarai  skala  inventori  dan bahasa dan akhir sekali adalah pemerhatian tingkah laku, pertuturan semak pemeriksaan tidak formal.


Pemilihan   instrumen   pentaksiran   yang   dilakukan   pada   peringkat   saringan   adalah ringkas,ujian   yang   senang   dikendalikan,   skala   penilaian,   senarai   semak,   dan   teknik




pemerhatian secara terus diberi secara individual atau secara berkumpulan.   Instrumen yang dilakukan lebih memfokuskan pentaksiran mengukur prestasi dengan item-item yang terhad. Tujuan menghadkan item dalam instrumen tersebut adalah bertujuan menyediakan gambaran atau lakaran tingkah laku lebih daripada analisis yang teliti dalam masa yang pendek sekitar
15  atau  20  minit  untuk  memberi  dan  memperoleh  markah  ujian pentaksiran,  mengisi  skala penilaian, menyempurnakan senarai semak, atau merekod keputusan sesi pemerhatian secara langsung.   Walau   bagaimanapun,   menurut   Peterson   (1987)   pasukan   profesional   perlu mengambil kira banyak faktor dan mengambil langkah berjaga-jaga yang khas semasa proses pemeriksaan.
Peringkat  kelayakan  ialah  proses  menentukan  sifat  dan  tahap  masalah  pembelajaran murid  dan  memutuskan  kelayakan  murid  tersebut  untuk  mendapatkan  perkhidmatan  khas. Justeru,   pasukan   yang   terdiri   daripada   golongan   profesional   seperti   kaunselor,   doktor perubatan,  ahli  terapi,  guru  besar,  guru-guru  aliran  perdana  dan  guru-guru  pendidikan khas terlibat dalam membuat keputusan sama ada seseorang murid itu layak untuk dikategorikan sebagai  murid  kurang  upaya  bagi  mendapatkan  manfaat  daripada  perkhidmatan  pendidikan khas untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi.


Prosedur  kelayakan  ini  adalah  bersifat  umum  dan  melibatkan  penyertaan  ibu  bapa  di mana, pasukan pelbagai disiplin bertanggungjawab menjalankan pentaksiran yang mendalam dan komperhensif terhadap murid tersebut berdasarkan laporan dan dokumentasi yang telah disediakan   oleh   pasukan   profesional   sama   ada   murid   tersebut   layak   mendapatkan perkhidmatan khas atau sebaliknya.


Dalam melaksanakan proses kelayakan, pihak pasukan pelbagai disiplin perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu ibu bapa perlu membenarkan anak mereka menduduki ujian kelayakan  yang  telah  disediakan  dengan  menggunakan  maklumat  pemeriksaan  yang  telah disediakan  oleh  pasukan  profesional  di  peringkat  saringan  sebelum  ini.   Hal  ini  demikian kerana,  penilaian  digunakan  sebagai  tindak  balas  kepada  keperluan  undang-undang  negeri dan daerah di mana peraturan-peraturan yang melindungi murid, ibu bapa dan sistem sekolah termasuk hak untuk penilaian bebas dan proses prosedur untuk menyelesaikan percanggahan pendapat.    Melalui  undang-undang  ini,  jika  terdapat  pencagahan  pendapat  dan  pertikaian antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan hak murid tersebut akan diselesaikan dan diputuskan melalui undang-undang mahkamah.




Hal ini demikian kerana, penglibatan ibu bapa dan murid perlu dalam peringkat kelayakan di mana  kaunselor  akan  mengajukan  beberapa  soalan  tentang  anak  mereka  manakala,  ahli psikologi  mula  mencatat  dan  menulis  laporan  sambil mendengar  penjelasan  daripada  pihak ibu  bapa  untuk  mengenal  pasti  keupayaan  intelektual,  status  perkembangan  dan  keupayaan akademik murid tersebut.  Penglibatan pasukan pelbagai disiplin seperti pakar pertuturan dan bahasa   patologi,   terapi   pekerjaan,   dan   profesional   berkaitan   kesihatan   dan   lain-lain bergantung kepada keperluan pentaksiran yang dijalankan terhadap murid yang dikenal pasti.


Walau  bagaimanapun,  proses  kelayakan  ini  adalah  bertujuan  mendapatkan  diagnosis lengkap dan komprehensif terhadap kekuatan, kelemahan, dan keperluan pembelajaran murid dengan  menetapkan  perkhidmatan  yang  diperlukan  murid  tersebut  dalam  merancang  dan menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).


Kesimpulannya,   penilaian   pada   peringkat   ini   digunakan   bagi   menentukan   jenis pendidikan  khas  atau  perkhidmatan  yang  berkaitan  dalam  menyediakan  pendidikan  yang sesuai.   Justeru, pentaksiran yang dijalankan bergantung kepada keperluan pentaksiran yang dijalankan  terhadap  murid  yang  dikenal  pasti.    Penglibatan  pihak  ibu  bapa  dan  pasukan pelbagai  disiplin  perlu  bagi  mendapatkan  diagnosis  lengkap  dan  komprehensif  terhadap kekuatan, kelemahan, dan keperluan pembelajaran murid dengan menetapkan perkhidmatan yang  diperlukan  murid  dengan  penyediaan  Rancangan  Pendidikan  Individu  (RPI)  selepas disahkan oleh pasukan pelbagai disiplin.


Setelah  dua  proses  iaitu  proses  saringan  dan  proses  kelayakan  dijalankan,  proses  yang ketiga merupakan proses intervensi pengajaran. Intervensi pengajaran merupakan satu proses untuk  membekalkan  perkhidmatan,  pendidikan  dan  sokongan  kepada  kanak-kanak  yang berisiko atau yang mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.


Perkhidmatan  atau  program  intervensi  awal  yang  disediakan  adalah  untuk  memenuhi keperluan   kanak-kanak    dan   keluarga    yang   berkeperluan    khas   dalam   lima   bidang perkembangan,  iaitu  perkembangan  fizikal,  kognitif,  komunikasi,  sosial  dan  emosi  dan adaptasi intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami dan boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal yang dilakukan




mampu   memaksimumkan   potensi   kanak-kanak   berkeperluan   khas   dan   mengurangkan bebanan masyarakat.


Setelah  dua  proses  iaitu  proses  saringan  dan  proses  kelayakan  dijalankan,  proses  yang ketiga merupakan proses intervensi pengajaran. Intervensi pengajaran merupakan satu proses untuk  membekalkan  perkhidmatan,  pendidikan  dan  sokongan  kepada  kanak-kanak  yang berisiko atau yang mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi  perkembangan  dan  menghalang  pembelajaran.  Perkhidmatan  atau  program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang  berkeperluan  khas  dalam  lima  bidang  perkembangan,  iaitu  perkembangan  fizikal, kognitif,  komunikasi,  sosial  dan  emosi  dan  adaptasi  intervensi  awal  boleh  mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami dan boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin  serius.  Intervensi  awal  yang  dilakukan  mampu  memaksimumkan  potensi  kanak- kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat.


Selain itu, instrumen pentaksiran yang dijalankan juga menunjukkan kepada kita bahawa terdapat  penilaian  subjektif  turut  menjadi  instrumen  bagi  guru  menilai  murid.  Oleh  itu, penilaian  secara  subjektif  sepperti  pendapat  dan  tanggapan  ini  boleh  digabungkan  dengan keputusan klinikal dan keputusan daripada senarai semak kemahiran dan skor daripada ujian standard bagi memastikan ianya adil, objektif dan hasil untuk membangunkan matlamat IEP yang  terbaik.  Langkah  yang  diketengahkan  amat  baik  dan  boleh  dijadikan  contoh.   Ianya merupakan  langkah  yang  bijak  kerana  setelah  mendapati  bahawa  penilaian  secara  subjektif ini  tidak  tepat,  langkah  lain  yang  diambil  adalah  dengan  menggabungkan  tanggapan  dan pendapat dengan penilaian secara bertulis.


Proses terakhir dalam menjalankan pentaksiran ialah proses mengukur kemajuan. Setelah menjalankan ketiga-tiga proses sebelum itu, amat penting untuk melihat keberhasilan proses itu  berlaku.  Perubahan  dapat  diukur  melalui  penilaian.  Penilaian  merupakan  perihal  atau perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus Dewan,1994:930). Ia merupakan suatu proses yang berterusan bagi mendapatkan maklumat  semula dengan tujuan supaya  penggubahan kepada murid dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna. Proses  ini amat  penting  bagi  mengetahui  kekuatan  dan  kelemahan  dalam  aspek  pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para murid tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata  muridan  yang  telah  ditetapkan.  Adalah  penting  usaha  membentuk  murid  mencakupi




segala  aspek  ini  sentiasa  dikaji  bagi  memastikan  keberkesanan  sukatan  dan  aktiviti  yang dijalankan  dapat  memenuhi  kehendak  dan  aspirasi  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaaan.  Oleh itu  penilaian  merupakan  satu  aktiviti  yang  amat  bermakna  dan  bermanfaat  yang  perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).


Antara  instrumen  penilaian  berterusan  ialah  kemajuan  pada  muridan  harian,  skor  dari ujian kelas, lembaran kerja dan kertas, keputusan daripada tugas-tugas dan analisis pola ralat, pencerapan dan tayangan,  mendapat maklumat dari portfolio murid dan maklumat daripada data  pengurusan  tingkah  laku.  Skor  dan  lembaran  kerja  murid  harus  dikumpul  dan  dibuat analisis  harian  bagi  melihat  sejauh  mana  keberkesanan  intervensi  dijalankan.  Portfolio merupakan  satu  bentuk  sejarah  pencapaian  murid  yang  didokumentasi  dan  diperkukuhkan dengan  bukti-bukti  hasil  kerjanya  dan     kesedaran  baru  melalui  penulisan.  Setiap  hasil lembaran kerja,  skor, maklumat portfolio harus  direkodkan. Guru perlu mengekalkan rekod dalam buku gred, graf dan carta dari program pengurusan tingkah laku, portfolio dan laporan naratif dari pencerapan dan tayangan dalam format penyimpanan digital pada komputer.


Oleh  sebab  mengukur  kemajuan  murid  adalah  penting,  penilaian  yang  dilakukan mestilah  boleh  dipercayai  dan  sah.  Guru  perlu  mengetahui  prestasi  semasa,  matlamat  dan standard  pencapaian  yang  ingin  dicapai.  Pengetahuan  yang  diperoleh  daripada  penilaian tersebut,  akan  membantu  guru  untuk  membuat  keputusan  mengenai  apa  yang  perlu  diajar selepas  ini  dan  bagaimana  untuk  melaksanakannya.  Keputusan  yang  dibuat  untuk  murid- murid  tersebut  adalah  berkaitan  tentang  cara  untuk  membuat  satu  pelan  pemulihan  yang terbaik. Selain itu, pengukuran kemajuan yang tepat juga dapat menyediakan satu cara untuk mendokumentasikan  pencapaian  murid.  Dokumentasi  ini  membolehkan  akauntabiliti  bagi program-program pengajaran.


f)   Kurikulum Masalah Pendengaran


Program   pendidikan   khas   bermasalah   pendengaran   adalah   untuk   murid-murid berkeprluan khas dalam kategori bermasalah perndengaran. Melaui program ini, murid-murid bermasalah pendengaran dilatih daripada segi pertuturan. Mereka juga belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk Bahasa isyarat. Program ini disediakan di sekolah biasa melalui program integrase.




Murid-murid  yang  mempunyai  masalah  pendengaran  boleh  dibahgikan  kepada  dua kategori,  iaitu pekak  dan separuh  pekak.  Murid-murid pekak  merupakan  murid-murid yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi secara langsung atau dengan kata lainnya murid-murid  dalam  kategori  ini  tidak  dapat  mendengar  apa-apa  bunyi.  Manakala  murid- murid yang separuh pekak pula murid-murid yang masih mempunyai sisa-sisa pendengaran dan mereka  boleh mendengar  sekiranya  memakai alat  bantuan  pendengaran.  Kebiasaannya, kecatatan  ini  boleh  disebabkan  beberapa  faktor  iaitu  faktor  sebelum  kelahiran  atau  selepas kelahiran.

Kurikulum  bagi  murid-murid  masalah  pendengaran  ini  sama  adalah  sama  dengan murid-murid   aliran   perdana,   tetapi   cara   penyampaian   atau   pengajaran   guru   semasa pengajaran  dan  pembelajaran  adalah  dengan  menggunakan  bahasa  isyarat.  Oleh  kerana bahasa  isyarat  digunakan  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran,  maka  murid-murid yang  mempunyai  masalah  pendengaran  perlu  diajar  tentang  penggunaan  Bahasa  isyarat terlebih dahulu semasa peringkat sekolah rendah untuk memudahkannya mengikuti pelajaran.

Kurikulum masalah pendengaran juga mengandungi penambah komponen kemahiran awal pendengaran dan pertuturan iaitu (Jabatan Pendidkan Khas (1997) :

1.   Asas pengendalian peralatan audiologi

2.   Kemahiran prapertuturan

3.   Kemahiran mendikriminasikan bunyi

4.   Kemahiran menghasilkan suara

5.   Kemahiran memori auditori

6.   Kemahiran memori visual

7.   Kemahiran menghasilkan perkataan awal


Latihan  auditori  ialah  proses  mengajar  otak  untk  mendengar.  Ia  merupakan  proses mengajar  individu  bermasalah  pendengaran  untuk  menggunakan  ke  semua  isyarat  auditori (pendengaran) yang mereka ada sepenuhnya  (Carhart 1960). Ini bertujuan untuk membantu mereka  memperolehi  kebolehan  mendengar  menyerupai  individu  berpendengaran  normal secara  semulajadi  tanpa  sebarang  intervensi  (Erber  1980).  Latihan  auditori  melibatkan aktiviti-aktiviti  mendengar  yang  bermatlamat  untuk  mengoptimumkan  persepsi  pertuturan dan bunyi bukan pertuturan.

Seterusnya,   latihan  pra-pertuturan   merupakan   latihan  asas   yang   dijalankan   bagi memudahkan    pelajar    belajar    mendengar.    Kemahiran    pra-pertuturan    terdiri    daripasa




kemahiran meniru, memadankan objek tau gambar, mengambil giliran, tumuan perhatian dan hubungan  mata.  Antara  aktiviti  yang  boleh  dijalankan  ialah  contohnya  setiap  kali  pelajar masuk ke dalam kelas, guru ucapkan “selamat pagi” dan bercakap sebanyak mungkin dengan pelajar berserta pelbagai mimik muka dan eksperasi gaya badan yang bersesuaian. Selain itu, aktiviti membaling-tangkap bola secara berpasangan atau dalam kumpulan dan memadankan objek dan gambar.

Selain  itu,  latihan  kemahiran  mendengar  pula  terdiri  daripada  empat  peringkat. Hirarki  perkembangan  kemahiran  mendengar  diaplikasikan  dalam  aktiviti  latihan  auditori iaitu mengesan bunyi, membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan akhir sekali memahami bunyi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru adalah bermain kerusi bermuzik  bagi mengsan bunyi, menggunakan permaian haiwan dan bunyi haiwan bagi latihan membezakan bunyi,  menggunakan  bunyi  Ling  6  iaitu  a,I,u,m,s,sh  bagi  mengenalpasti  bunyi  pertuturan. Bunyi-bunyi  ini  mempunyai  julat  frekuansi  bunyi  utama  bagi  pertuturan  dalam  bahasa seharian. Contohnya ambil kepingan puzzle, letakkan di mulut guru dan hasilkan bunyi /a/. kemudian  letak  kepingan  puzlle  itu  ke  mulut  pelajar  dan  meminta  pelajar  tersebut  meniru bunyi  /a/  itu.  Sekiranya  pelajar  berjaya  meniru  bunyi  /a/,  berikan  puzzle  tersebut  dan benarkan  dia  mencamtumkannya.  Akhir  sekali,  bagi  aktiviti  memahami  bunyi,  guru  boleh bermain masak-masak, bermain berlakon peranan, bersoaljawab, mendengar baca buku cerita dan bermain sorok-sorok. Kesimpulannya, matlamat tertinggi dalam latihan auditori ini aialah memberi penekanan dalam membantu kanak-kanak menggunakan pertuturan




g)   Kekuatan,kelemahan,halangan dan ruang untuk penambahbaikan.



a.   Kekuatan



Berdasarkan  tinjauan dan sumber  wawancara,  dapat  dilihat kekuatan  sekolah Smk  Sg  Kruit  dalam  pengurusan  pelajar  pelbagai  upaya  iaitu  kebolehan  dan potensi  sekolah  tersebut  dalam  menyediakan  alat  bantu  mengajar  untuk  pelajar yang memerlukan diurus dengan baik. Melalui pemerhatian juga, keselesaan bilik darjah  memberi  perasaan  dan  semangat  untuk  pelajar  untuk  belajar  dan  proses pengajaran dan pembelajaran dibantu oleh pembantu pengurusan murid. Menurut Woolfolk(200:427),  persekitaran  bilik  darjah  yang  melibatkan  ruang,  susun  atur




bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya  sesebuah bilik darjah.  Semua  faktor  tersebut  perlu  diambil  kira  oleh  guru  dalam  menyediakan pelan  bilik  darjah  yang  sistematik.  Di  negara  kita,  isu  yang  seringkali  timbul mengenai   kemudahan   bilik   darjah   adalah   seperti   kelas   yang   sempit,   bahan kemudahan  fizikal  yang  digunakan  dan  kedudukan  ruang  fizikal  yang  diguna pakai  dalam  sistem  bilik  darjah.  Walau  bagaimanapun,  bilik  darjah  Pendidikan Khas di SMK Sungai Kruit menyediakan persekitaran bilik darjah yang selesa dan sistematik. Walaupun bilik darjah mempunyai ruang yang kecil namun susun atur meja dan kerusi pembelajaran serta perabot di dalam kelas disusun dengan kemas dan teratur. Guru-guru dan seorang pembantu pengurusan murid pula mempunyai kemahiran dan  cara  tersendiri  untuk mendidik pelajar  pelbagai  upaya  di sekolah ini.    Contohnya,    guru    menggunakan    banyak    contoh    dan    ilustrasi    untuk menerangkan  sesuatu  konsep  dan  proses  mengajar  adalah  secara  langkah  demi langkah untuk memastikan pelajar mampu memahami pengajaran.


b.   Kelemahan



Bagi    kelemahan    sistem    pengurusan    pelbagai    upaya,    sekolah menyediakan  mesin  braille  namun  ia  merupakan  mesin  model  yang  lama untuk  pelajar  yang  mengalami  masalah  penglihatan  iaitu  Jenny.  Menurut pengetua   SMK   Sungai   Kriut,   mesin   braille   tersebut   amat   sukar   untuk mendapatkan  model  yang  baharu  untuk  kegunaan  Jenny.  Mereka  juga  telah memberi   peruntukkan   untuk   pembelian   mesin   yang   baharu.   Selain   itu, kelemahan  pengurusan  pelbagai  upaya  ini  dapat  dikesan  apabila  sekolah  ini mengalami kekurangan tenaga pengajar. Di dalam kelas tersebut, terdapat 10 orang  murid  yang  terdiri  daripada  pelbagai  upaya  seperti  autisme,  cacat penglihatan  dan  masalah  pembelajaran  dan  hanya  dua  orang  guru  beserta seorang  pembantu  pengurusan  murid  dibekalkan  di  sekolah  tersebut.  Bagi pelajar  pelbagai  upaya  sebegini,  mereka  memerlukan  guru  yang  ramai  untuk membimbing  dan  mengajar  mereka  supaya  dapat  memberi  tumpuan  yang spenuhnya kepada setiap pelajar.




c.   Halangan



Bagi halangan yang sedia ada, dapat dilihat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pelajar yang mengalami kekurangan dan masalah dari segi fizikal dan mental ini dikenalpasti mengambil masa yang agak panjang untuk mengingat  dan  menghafal  sebuah  pelajaran.  Hal  ini  kerana,  perkembangan otak  pelajar  pelbagai  upaya  ini  begitu  perlahan  sehinggakan  mereka  lambat untuk  menghadam  sebuah  pelajaran.  Oleh  itu,  alat  bantu  mengajar  yang disediakan  akan  membantu  murid  ini  untuk  lebih  minat  dan  tertarik  dengan pelajaran  apabila  guru  lebih  kepada  kemahiran  berbanding  fakta  dan  lisan. Bagi  pelajar  di  SMK  Sungai  Kruit,  pelajar  yang  cacat  penglihatan  seperti Jenny  menhadapi  cabaran  untuk  mengingati  abjad-abjad  yang  menggunakan tulisan  dan  mesin  braille.  Guru  yang  mengajar  pula  mengalami  kesukaran untuk  membantu  pelajar  tersebut  kerana  kelemahan  pada  pelajar.  Oleh  yang demikian, penambahan guru atau pembantu pengurusan murid adalah penting untuk memastikan pelajar pelbagai upaya ini dapat dibantu dan diajar dengan penuh tumpuan dan dedikasi.


d.   Penambahbaikan



Dari  aspek  penambahbaikan,  SMK  Sungai  Kruit  hendaklah  memastikan pelajar  pendidikan  khas  ini mendapat  alat  bantu  mengajar  yang  lebih  efisien demi  kelangsungan  dan  kelancaran  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  di dalam   bilik   darjah.   Sebagai   contoh,   mesin   braille   untuk   pelajar   cacat penglihatan hendaklah model yang baharu supaya  dapat memudahkan proses pengajaran  dan  pembelajaran  beserta  dengan  alat-alat  keperluan  lain  yang lebih  kepada  praktikal  dan  kemahiran  pelajar.  Dari  segi  bilangan  guru  pula, sekolah   haruslah   menambah   bilangan   guru   yang   berkemahiran   dalam membimbing dan mengajar pelajar pelbagai upaya ini. Jumlah tenaga pengajar yang   ramai   dapat   memastikan   guru   menumpukan   sepenuhnya   perhatian terhadap  seorang  hingga  tiga  orang  pelajar  dalam  satu  masa.  Hal  ini  untuk menjamin   keberkesanan   dalam   sesi   pengajaran   dan   memastikan   pelajar mampu  memproses  maklumat  dengan  lebih  pantas.  Selain  itu,  alat  bantu mengajar hendaklah dibekalkan dengan secukupnya  kepada kelas pendidikan




khas  untuk  membantu  guru  dalam  proses  menerangkan  sesebuah  pengajaran terhadap pelajar.






3.0 RUMUSAN

Setelah    menjalankan    tinjauan    di    Sekolah    Menengah    Kebangsaan    Sungai Kruit,Sungkai,  Perak.  Kami  telah  pun  mengetahui  banyak  perkara  yang  perlu  diuruskan dan banyak ilmu-ilmu tatacara pengurusan murid dalam sesebuah sekolah khususnya bagi menguruskan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai upaya. Melalui tinjauan tersebut kami telah melihat sendiri keadaan murid pelbagai upaya dalam kelas di sekolah tersebut.

Impak daripadanya, kami dapat melihat interaksi yang berlaku antara murid pelbagai upaya dengan guru dan juga kami sebagai pelawat dalam kelas tersebut. Tegasnya, melihat sendiri  perwatakan  mereka  yang  mempunyai  kelainan  upaya  dalam  pergaulan  mereka yang sangat peramah, pemalu, rendah diri dan terdapat kelebihan dan keunikan tersendiri dalam diri mereka. Jelasnya, mereka sangat istimewa kerana keupayaan dan sikap semula jadi yang wujud dalam diri mereka jarang dan tidak terdapat pada insan biasa.

Guru-guru  yang  mengajar  murid-murid  yang  terdiri  daripada  kepelbagaian  upaya ini  juga  mempunyai  ciri  keunikan  yang  agak  berbeza  dengan  guru  yang  lain.  Hal  ini kerana,  sifat  keperibadian  mereka  yang  luhur  sudah  terbiasa  berhadapan  dan  mendidik murid-murid kepelbagaian upaya ini telah membentuk nilai-nilai positif dalam diri mereka. Antara  nilai-nilai  positif  yang  agak  ketara  mereka  tonjolkan  ialah  keikhlasan  mereka dalam mendidik dan menjaga murid-murid kepelbagaian upaya ini,

Seterusnya,  mereka  mudah  untuk  bergaul  mesra  dengan  murid  kerana  perhatian dan layanan lembut mereka terhadap para murid ini menimbulkan suatu perasaan empati yang  meletakkan  diri  mereka  dalam  diri  murid  tersebut.  Oleh  itu,  wujud  perasaan  kasih sayang  yang  mengikat  pergaulan  mesra  antara  guru  dan  murid  pelbagai  upaya  ini. Holistiknya, pengurusan murid pelbagai upaya ini agak berbeza dengan pengurusan murid yang normal. Hal ini kerana, nilai-nilai kemanusiaan seperti perhatian, pengawalan emosi dan penjagaan yang ikhlas serta teknik yang mampan sangat diperlukan dalam pengurusan murid pelbagai upaya.




RUJUKAN



Chua  Tee  Tee  &  Koh  Boh  Boon  (1992).  Pendidikan  Khas  dan  Pemulihan  :  bacaan  asas.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Zaitie           Satibi          (2017).           MyMetro:           Mengenali           Tanda           Autisme. https://www.hmetro.com.my/node/218009



National   Institute   of   Mental   Health.   Autism   Spectrum   Disorder.   Diperoleh   daripada




Portal  Pendidikan  Utusan  Malaysia.  (2018)  Kurikulum  alternatif  untuk  murid  istimewa. Diperoleh       daripada       http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/info-ringkas-
pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa



Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad (2011). Pengantar pendidikan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM)


Kementerian    Kesihatan     Malaysia    (2014).     Latihan    Auditori.    Diperoleh     daripada

http://www.myhealth.gov.my/latihan-auditori/



PETA MINDA









RUMUSAN

Topik ini akan menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai upaya iaitu mengenai pemulihan,penggayaan,pelbagai kecerdasan serta pelajar yang berkeperluan khas.Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengira (3M). Manakala,penggayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan samada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Tujuan proses penggayaan adalah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.Terdapat juga pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid.Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza.Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.

Kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan.Manakala,murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya,murid pintar cerdas,murid berisiko dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku.Pengurusan murid yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangkan kebolehan mereka dari segi kognitif,afektif dan psikomotor.Dalam tajuk,apa yang dapat dilihat adalah pemulihan,penggayaan,pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas mempunyai hubungkait diantara satu sama lain dan guru disekolah haruslah kreatif dalam menjalankan P&P di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka.



RUJUKAN


Chua  Tee  Tee  &  Koh  Boh  Boon  (1992).  Pendidikan  Khas  dan  Pemulihan  :  bacaan  asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitie           Satibi          (2017).           MyMetro:           Mengenali           Tanda           Autisme. https://www.hmetro.com.my/node/218009

National   Institute   of   Mental   Health.   Autism   Spectrum   Disorder.   Diperoleh   daripada

Portal  Pendidikan  Utusan  Malaysia.  (2018)  Kurikulum  alternatif  untuk  murid  istimewa. Diperoleh       daripada       http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/info-ringkas-
pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa

Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad (2011). Pengantar pendidikan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM)

Kementerian    Kesihatan     Malaysia    (2014).     Latihan    Auditori.    Diperoleh     daripada







LAPORAN KUMP.11

SEMESTER 2 SESI 2018/2019 KPS3014 PENGURUSAN   PEMBELAJARAN  TAJUK PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA DI SEKOLAH MENE...